Malam tadi penulis menonton rancangan bual bicara “Debat Perdana” di TV1 yang dihoskan oleh Datuk Johan Jaafar. Dalam temubual selama sejam yang berkisar tentang perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum dan agama di Malaysia, penulis tertarik dengan komen serta hujah yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr Khoo Khay Kim dari UM.Apabila ditanya oleh pengerusi bagaimana beliau beliau memandang Islam di Malaysia dari perspektif bukan muslim, beliau menjawab islam di Malaysia tidak berusaha untuk memudahkan bukan islam untuk memahaminya. Di suatu sisi lain, pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan orang islam, semakin menjauhkan golongan bukan islam untuk mendekatinya. Pandangan ini selaras dengan tulisan Mufti Perlis dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu bersamaan 5/8/2007 yang membicarakan perihal golongan muslim bila berhadapan dengan non muslim.
Tukang catat tidak mempunyai banyak komen, Cuma bila merujuk Al-Quran dalam surah Al-Kafirun, keseluruhan ayat sudah menjelaskan apakah sikap kita sebagai muslim bila berhadapan dengan bukan islam. Cuma jagalah tataterib dan akhlak murni seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi’in serta alim ulamak iaitu dakwah “bilhal” dengan penuh beradab. Dan kita tidak pernah memaksa bukan muslim memeluk agama suci sepanjang zaman ini. Sama-sama lah kita belajar dan bukan menuduh sebelah pihak. Jagalah perpaduan dan berilitizam untuk sama-sama menjaga keharmonian kaum yang telah kita kecapi sepanjang 50 Tahun Kemerdekaan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
No comments:
Post a Comment