www.majalahsains.com

1/14/07

Mufti Perlis: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Nama ini mungkin belum begitu terkenal dikalangan kita. Namun akhir-akhir ini media kerap kali memberi ruang kepada beliau terutamanya berkaitan isu-isu kelemahan ketara umat islam masa kini yang perlu diperbetulkan. Terbaru ialah siaran langsung ’Bicara Isu Semasa beliau bersama moderator Datuk Johan Jaafar di RTM1 tentang ’peranan ulama pada masa kini dalam masyarakat’. Terdahulu ialah siri temubual media masa Mingguan Malaysia dan Berita Minggu yang disiarkan dua minggu berturut-turut setiap Ahad.

Isu yang berbangkit yang mengangkat nama Dr Mohd Asri pada mulanya ialah mengenai teguran beliau tentang kaedah ’mengintip sebelum serbuan atas kesalahan khalwat’ yang dilakukan oleh penguasa agama yang kemudiannya menjadi kontroversi akibat salah faham yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya golongan konservatif agama. Namun selepas itu rupa-rupanya beliau berusaha untuk mengocak pemikiran umat islam dan kaum tua untuk mengembalikan wajah islam sebenar di Malaysia khususnya. Inilah yang sebenarnya kita perlukan.

Dr Asri merupakan Negeri Perlis dan mencipta sejarah sebagai mufti termuda di Malaysia yang memakai gelaran Dr di pangkal namanya. Pokok pangkal perjuangan beliau ialah untuk mengembalikan tradisi kesarjanaan pemikiran islam dalam membentuk citra dan keindahan islam dan umatnya. Dengan kata lain mengajak semua orang islam menggunakan akal sebelum bertindak dan bukan emosi. Marilah sama sama kita berusaha agar islam terus terpelihara dan usaha murni beliau untuk menjernihkan kembali tuduhan terhadap islam terus berjaya. Moga Allah memberikan kekuatan kepada beliau dan perjuangan yang diusahakannya. Ameen!!

2 comments:

Anonymous said...

salaam,

---> izinkan saya bersikap kritis...

sebahagian besar ucapan beliau waktu wacana itu saya boleh setuju. namun, dalam waktu yang sama saya dapat mengesan beberapa sikap dr. maza yang telah menyanggahi ucapannya sendiri.

pertama, ketika dr. maza ditanya soal siapa yang boleh bergelar ulama'/mufti. bukankah dr. maza cuba mengelak---> dengan membawa retorika, "mufti rasmi" dan "mufti tak rasmi"; atau juga, "ulama rasmi", "ulama tak rasmi". persoalannya, kenapa dr. maza tidak rungkai salahfaham definisi ulama ini serentak pada waktu itu? bukankah ini menunjukkan ulama' kita bukan sahaja pandai membantah, tetapi pandai juga mengelak dari memberi jawapan?

kedua, beliau saya perasaan terselit prejudis dengan Iran dan Ruhollah Khomeini ketika ditanya soal "sinema Islam". mengapa cuba mengatakan, "bukan Iran sahaja?" tidakkah ini menunjukkannya prejudis sampai cuba menafikan sumbangan saudara semuslim kita yang lain?

ketiga, dr. maza seboleh-bolehnya mahu mengelak dari memukul kerajaan. dari satu sudut ia tindakan bijak dan politis, tetapi dalam waktu yang sama ia sekaligus menimbulkan tanggapan bahawa dr. maza cuba melunakkan sikapnya terhadap kerajaan. atau, cuba mengaburkan matanya terhadap kesalahan kerajaan! adakah sikap dan pendekatan dr. maza selari dengan konsep akal dan etika? malah, mengapa hampir "per se" dr. maza dalam wacana tersebut menyalahkan ummah! kenapa tidak disalahkan juga kerajaan? bukankah rupa ummah dibentuk oleh rupa pemerintah? sewajarnya, dr. maza tidak harus jadikan ummah sebagai kambing hitam! dan, tidak semua ummah seperti yang diungkapkan olehnya! cara dr. maza mengitlakkan ummah (semata-mata!)hanyalah menzahirkan ketirisan intelektualnya sendiri. kajian beliau terhadap sosiologi agama tidak mikro, tidak autoritatif dan juga tidak represantatif!

keempat, dr. maza menyatakan beliau mementingkan kesarjanaan, dan pastinya bukan emosi. namun, kecenderungan serangan beliau pada aliran Islam yang lain; sufi, tasawuf, tariqat (semuanya kalangan tradisionalis) membayangkan beliau tidak menghormati dan menyelami khazanah ilmu yang terhimpun dalam aliran tersebut. bahkan, dr. maza sepertinya mahu menipiskan unsur2 metafizik yang sudah terbina dalam aliran2 tersebut dengan mendaulatkan kaedah tetapi meminggirkan semangat! pada saya, dr. maza harus ingat, Islam bukan datang secara sehala ---> konservativisme, reformisme ataupun revolusime. tetapi kolektif! kita perhatikan, ada ritual2 Islam yang tidak direvolusi, namun semangatnya yang direvolusi terlebih dahulu. jadi, kaedah bukan soal pertama, sebaliknya semangat agama itu! justeru, yang pertama dr. maza harus merevolusi semangat/kesedaran, bukannya memomok2kan soal kaedah dan ritual2!

akhirnya, walaupun ini sikap kritis yang dikemukakan, namun ketrampilan beliau -- dengan suaru garau, kemas, berusaha tenang-- patut sekali dipuji sekali kerana paparan sebegini boleh menambah keyakinan para pendengar; muslim atau bukan-muslim. namun, atas dasar kesarjanaan juga, idea dr. maza mesti diulang semak! bandingkan fikirannya dengan Ghannouchi, Iqbal, Shariati, Faruqi, Turabi, dll. dan akhirnya kita bakal mengetahui siapa yang sebenarnya berkasih sayang terhadap semua aliran2 dalam agama, dan siapa yang memuliakan kesarjanaan. ataupun, wawasan dr. maza hanya berselindung disebalik agenda untuk mensalafikan semua orang.

saya, mungkin bukan orang pertama yang menolak uniform. namun, saya memang percaya, dr.maza hanya memperbaharui fikiran garisan ibn taimiyyah--->al-bani. ini tidak salah? tetapi bagaimana pula dengan fikiran dari garisan at-thusi--->sistani? atau, bagaimana pula dengan fikiran garisan al-hallaj--->hisham kabbani? atau, bagaimana pula dengan fikiran garisan ibn-sina--->fazlur rahman? atau, bagaimana pula dengan fikiran garisan mu'awiyyah--->nabhani? atau, bagaimana pula fikiran garisan al-ghazzali--->Abd-al-Haqq? adakah semua aliran ini sesat? atau, kafir? jadi, mana perginya inklusivisme dr.maza? dan, mengapa mahu menaja eksklusivisme?

saya ingat kata dr. maza, beliau "bukan penghukum, tetapi pendidik!" kata2 yang dicuri dari ali gharisah! iya, benarkah mendidik? mendidik untuk uniformkan fikiran! fikiran siapa? fikiran kita! kita siapa? kita si anu... si anu yang bukan beridealogikan salafi!

tetapi, salahkan salafi? tidak... salafi tidak pernah salah! yang salah ialah penganut eksklusivisme!

Mohd Faizal said...

Pujian saya berikan kepada hujjah atas apa yang dilontarkan dalam entri saya kali ini. Kajian yang begitu mendalam serta pembacaan yang rakus dilakukan oleh anda meransang minda saya untuk terus berusaha melengkapkan diri dimana yang patut.
Dalam kes ini saya mengambil jalan tengah yang sesuai dengan tuntutan islam dan cuba bersikap sederhana dalam apa jua keadaan. Bukan pujian melangit dan juga bukan kutukan tidak berasas. Yang pasti saya dan mungkin rakan-rakan lain cuba bergerak seiring dengan apa sahaja bentuk perubahan yang dilakukan oleh pemerintah mahu pun pembangkang dalam memajukan ummah yang semakin lama semakin meruntuh dengan cepat. Untuk itu seperti yang selalu kita tahu Tuhan tidak sekali-kali menciptakan mahkluk tanpa diberikan panduan. Jadi marilah kita terus mempertajamkan akal, mengkaji al-quran dan al-hadis, menyelidik, bersikap terbuka dan yang paling penting ialah kembali menghayati rukun-rukun asas dalam memahami islam. Mungkin itu lah bentuk kesarjanaan yang cuba disampaikan oleh Dr. Maza...