4/11/12

The Dakota, Manhattan NYC


Di tengah-tengah kotaraya New York, kami dibawa melawat Central Park. Sebuah taman awam terkenal tempat berlibur dan beriadah bagi warga kota ini. Menurut Mr Chau, jurupandu pelancong rombongan bas kami, kalau bernasib baik akan terserempak dengan selebriti terkenal berjoging di sana. Tapi nampaknya tiada artis yang beriadah pada hari itu atau mungkin Tukang Catat tidak kenal :-)

Bukan Central Park yang saya ingin ceritakan, tetapi The Dakota seperti gambar di atas. Bangunan di atas ialah kondominium dimana berlakunya peristiwa John Lennon (The Beatles) ditembak mati oleh Mark Chapman pada tahun 1980. Peristiwa tersebut berlaku tepat di hadapan pintu masuk bangunan tersebut ketika Lennon dan Yoko Ono beriringan masuk ke dalam bangunan tersebut kira-kira pukul 10 malam. The Dakota terletak bertentangan dengan Central Park yang juga menempatkan Strawberry Field Memorial bagi mengenang mendiang John Lennon.
Menurut Mr Chau, peminat Beatles dan John Lennon tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke tempat ini setiap kali sampai ke New York. Manakala ia menjadi acara tahunan Yoko Ono melawat tempat ini setiap tahun bagi menziarahi tempat mendiang suaminya berpisah nyawa dan badan.


Strawberry Park memorial

No comments: