www.majalahsains.com

2/2/10

Industri Buku Memang Kebal Gawat


Keratan akhbar Montreal Gazette

Walau gawat, walau merudum ekonomi dunia , buku memang dah jadi bahan keperluan dan tidak lut dek gawat. Puan Ainon, 'iron lady' PTS berulang kali mengesahkan perkara ini.

p/s: angan-angan nak menulis buku memang ada..cuma masih belum jadi kenyataan..masih di peringkat conteng-contengan merata tempat :-)

5 comments:

Wan Anie said...

buatlah peja, jangan lupa bagitau saya pasti jadi orang pertama yang beli...

tengah kemaruk buku sekarang ni :D

Mohd Faizal said...

dok baca buku apa skrg?

Anonymous said...

Na rasa bila na dah kerja...baru "bersambung" balik hobi na terhadap buku...huhuhu

p/s- banyak ilmu boleh diperolehi dengan hanya sebuah buku....

Afzan IMEN said...

Aku sokong hang...melayu,buku & sains? Di mana...

Faizal said...

Cik Na..
Kalau dah kerja baru nak start baca buku balik, mungkin hanya jadi ilusi. Sebab masa makin suntuk, umur makin banyak, setiap hari ilmu baru bertambah. Mahu tak mahu, kena jugak baca buku tak kira masa. Carilah masa yang sesuai walaupun di dalam tandas. Di sini, tukang cuci pun baca buku time rehat :-)

Bro Afzan,
Buku-buku sains & teknologi melayu patutnya golongan pakar-pakar lah yang menulis..Pakar x dak lain selain pensyarah dan profesor..

Tahun 80-90an dahulu, kerajaan melalui DBP bagi peruntukan untuk pensyarah tulis buku dalam BM. Selain tu menulis buku teks termasuk dalam KPI untuk kenaikan pangkat jawatan akademik.

Sekarang dah mansuh. Pensyarah yang satu buku pun tak tulis, jadi profesor molek-molek ada..Makin ramai.

Selepas Tun M perkenalkan PPSMI (2003) lagi kacau..terus pensyarah dah tak rajin nak berhempas pulas tulis buku teks. Tulis jurnal lagi bagus kata diorang lah.

Aku pernah baca tulisan sorang Prof yang kata menulis buku teks sains & teknologi dalam BM, buang masa. Satu statement yg hampeh dari seorang bergelar 'profesor'.

So hang tahu lah mana silapnya buku melayu takdak..hehe

Buku2 sastera, novel, sains popular, bisnes ok la.

So sekarang ni kena pakat-pakat rajin menulis laa. Start dengan tulis blog, artikel..lama-lama datanglaa seru tulis buku.