Membaca semula menurut Shahrom TM Sulaiman merupakan suatu proses pengulangan pembacaan suatu bahan bacaan yang sama untuk menikmati kandungan serta penyampaian yang disampaikan oleh penulis bahan bacaan tersebut. Sudah menjadi kebiasaan bahawa membaca semula (reread) banyak dilakukan terhadap bahan-bahan yang boleh dianggap ‘masterpiece’ dan bermutu tinggi namun tidak kurang juga yang menjadikan ‘reread’ sebagai hiburan ringan yang bersifat ilmiah. Penulis blog ini juga kerap kali melakukan pembacaan ulangan terutamanya karya-karya tulisan HAMKA antaranya ialah Falsafah Hidup, Tasawuf Moden, Tengelamnya Kapal Van Der Wijk serta Iman dan Amal Soleh serta beberapa jenis bahan bacaan yang lain.
Di kesempatan kali ini hanya satu topik sahaja yang dipilih oleh penulis dari 26 topik yang lain (dari penulis-penulis yang berlainan) untuk mengingatkan penulis khasnya dan mungkin juga orang lain secara umum tentang topik ‘ZIONISME: SATU PAKATAN MENGHANCURKAN AKHLAK, AGAMA DAN TAMADUN ISLAM, hasil tulisan Prof Dr Sulaiman Nordin ( PDSN) ( ayahnya si Yasin mentor tu). Penulis sendiri dengan rendah hati mengaku bahawa penulis belum pandai untuk mengulas hasil tulisan orang lain, tapi dengan rasa ingin tahu dan berminat untuk mengetahui tentang suatu kaum yang dahulunya dimuliakan Tuhan dan bertukar menjadi seperti iblis laknatullah, mungkin serba sedikit boleh dikongsi dengan pembaca yang lain.
Dalam tajuk ini, PDSN menceritakan tentang pakatan ‘iluminati yang ditubuhkan pada tahun 1776 di negara Jerman (boleh dibaca dalam buku ‘Bidak-bidak di Papan Catur Iblis oleh William Guy Carr) dan Pertubuhan Freemason yang terkenal dengan simbol ‘bermata satu’ dan sekarang boleh dilihat pada wang kertas US dolar ( betapa petubuhan ini yang majoritinya penganutnya berbangsa yahudi berjaya menguasai dunia dengan dolar Amerika). Kedua-dua pertubuhan sulit ini sebenarnya telah lama wujud sebelum kewujudan fahaman Yahudi Zionis, isme-isme lain dan negara haram
Sekian .
p/s. Kepada Sharifah Amani dan mereka-mereka yang memperlekehkan Bahasa Melayu, insaflah, hidup tak selalunya indah!!
No comments:
Post a Comment