www.majalahsains.com

7/9/06

Bila Mufti Bersuara

Hati umat islam di malaysia khususnya pedih lagi apabila mufti Perak Datuk Haji Harussaini Zakaria baru-baru ini mendedahkan laporan kajian terbaru tentang umat islam Malaysia yang dijalankan oleh muslim profesional. Antara yang disebut beliau ialah menularnya gejala murtad dikalangan umat islam yang mencecah 100,000 orang seluruh Malaysia, 1 billion ringgit setahun dihabiskan oleh kaum melayu yang beragama islam untuk membeli arak, 3 billion untuk berjudi, dan menularnya pemikiran islam liberal (liberalisme), pluralisme, khilafiah dan sekularisme. Selain itu juga beliau menyatakan kebimbangan tentang wujudnya budaya berhibur secara melampau yang dikenali sebagai hedonisme dikalangan orang melayu beragama islam. Beliau menggesa JAKIM supaya bertindak proaktif untuk menyelamatkan maruah agama islam dan belia-belia islam supaya kembali kepada ajaran islam yang sebenar dengan menjalankan kajian terperinci serta mendedahkan kajian tersebut kepada umum bagi menjelaskan realiti sebenar umat islam di Malaysia khususnya.

Di arena antarabangsa, umat islam terus berasa tertekan dan tertindas dengan kekejaman terbaru Israel di bawah pimpinan Ehud Olmert selepas menggantikan si durjana Ariel Sharon sebagai PM Israel. Terbaru kerajaan baru Palestine pimpinan Ismael Haniyeh sebagai pemimpin HAMAS dibedil habis-habisan oleh tentera zionis. Sedih dan simpati hampir tidak berkesudahan terhadap saudara muslim kita di Palestine.

Persoalan yang perlu ditanya ialah sejauh mana kita sebagai umat islam ‘sedar’ akan masalah dan kudis yang melanda umat islam ini. Misalnya umat islam di Malaysia yang berjumlah 70% dari 25 juta penduduk di Malaysia, berapa kerat sahaja dari kita yang sedar dan insaf tentang nasib orang islam dan melayu sendiri. Berapa ramai yang risau tentang masa depan pemuda-pemuda melayu muslim akan datang. Berapa ramai yang bimbang berdepan dengan anasir-anasir hiburan melampau yang makin mengasak dari kiri dan kanan. Untuk membenteng kejahatan ini, mustahil untuk seorang individu bertindak. Usaha berterusan lewat penyelidikan, tulisan, ucapan dan sikap mental itu sendiri perlu dibentuk untuk menyatukan umat islam yang semakin berpecah dan rosak akibat pengaruh liar dari barat ini. Dosa yang lepas marilah kita bertaubat, jangan diulangi dosa yang sama, perbaiki lah diri sendiri, sedarkanlah rakan-rakan kita di sekeliling, berusahalah mengikut kemampuan sendiri dan berdoalah kepada Allah dalam setiap usaha. Dalam kekalutan mengenangkan kesengsaraan umat islam dan melayu di Malaysia khususnya dan seluruh dunia secara umum, kita bingung apabila media masih galak bercerita isu MAWI PUTUS TUNANG di muka depan!! Sama-samalah kita fikirkan..Tq blogspot.

9 comments:

Anonymous said...

u should post this somewhr known 'party'. hear it out as it could make a different.

kayzen said...

tapi tukang menteri kita hanya mempertikaikan angka murtad.. bukan pencegahan atau penyelesaian.. itulah menteri yang kita undi.. "syabas untuk anda!" semoga majulah negara ini.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

sebagai orang-orang yang 'sedar' kita sendiri perlulah bertindak untuk tidak sekadar menuding jari kepada orang lain..cara untuk bertindak bergantung kepada kemampuan individu atau kelompok itu sendiri dan variasi pula sifatnya..tindakan pun mestilah dilakukan secara berhemah dan tidak berburuk sangka apatah lagi bersifat "sceptical' dan 'sarcastic' terhadap orang lain..TQ

Anonymous said...

mangaaiiii...

kayzen said...

org bawah hanya mampu bercakap. yg diatas sedap duduk atas kerusi empuk. dengarkah mereka suara kita? sekadar bercakap dikedai kopi sambil makan roti canai suara yg kedengaran hanyalah sampai ke tauke kedai sahaja. jika kita adalah golongan yang "sedar" dan berkuasa buatlah sesuatu. ingat mengingati satu sama lain itu bagus.

Anonymous said...

Nice! Where you get this guestbook? I want the same script.. Awesome content. thankyou.
»

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Keep up the good work. thnx!
»