6/28/06

Perang Tun M dan Pak Lah.....Komen Kassim Ahmad

Penulis menurunkan hasil tulisan Dr Kassim Ahmad di bawah sebagai bahan bacaan umum untuk tatapan rakyat Malaysia. Pesanan pemilik blog ini, perlu hati-hati membaca tulisan Pakcik Kassim ni..

*****************************************

DEBAT DR MAHATHIR-KERAJAAN PAK LAH
MENANGANI MASALAH PERBEZAAN PENDAPAT


Oleh: Kassim Ahmad
27 Jun, 2006

Debat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kerajaan Pak Lah, nampaknya, sukar dibendung. Apakah ini baik untuk UMNO, untuk Barisan Nasional dan untuk bangsa kita seluruhnya? Ini soalan yang patut kita fikirkan dengan teliti dan bijaksana.

Berpandukan kitab suci kita, kita harus menyelesaikan semua masalah kita melalui perundingan. Nampaknya, dalam debat ini, tahap ini sudah berlalu dan mungkin kita tidak dapat berpatah balik lagi. Mengapa ia jadi begini perlu disiasat. Kemungkinan besar, perbezaan pendapat ini disebabkan oleh faktor yang asing. Faktor ini ialah komplot musuh. Jika ini sudah berlaku, ini tanda bangsa kita akan musnah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohammed Nazri Abd. Aziz telah mengishtiharkan perang terhadap Tun Dr. Mahathir. Mengapa sampai begitu? Tidakkah ada cara lain untuk menyelesaikan perselisihan pendapat ini? Suara siapa yang beliau suarakan?

Sebagai pemimpin parti dan Kerajaan, Pak Lah mestilah bertindak tegas dan bijaksana menganjurkan penyelesaian melalui perundingan yang produktif, yakni perundingan ini mestilah dengan jujur untuk mencarai penyelesaian, selaras dengan kepentingan UMNO dan bangsa.

Kita semua tahu UMNO, dalam usianya 60 tahun sekarang, sudah banyak rosak, dirosakkan oleh semangat materislisme yang berlebihan. Namun demikian, ia masih boleh dan perlu diperbetulkan, kerana masih tiada parti lain, malangnya, yang boleh menggantikan UMNO dalam keadaan sekarang.

PAS dan Keadilan, sebagai dua buah parti yang ingin menggantikan tempat UMNO, memang boleh berbuat demikian, jika pemimpin-peminpin mereka jujur dan sanggup meletakkan kepentingan bangsa melebihi kepentingan ideologi dan ego pemimpin masing-masing.

Kita harus sedar siapa musuh kita sekarang dan kita mesti mempunyai kewaspadaan yang tinggi terhadap musuh itu. Lihat komplot musuh ini di Asia Tenggara. Lapan tahun Perang Iran-Iraq ialah komplot mereka yang besar. Ia suatu tragedi yang besar bagi umat Islam. Sekarang di atas nama Perang terhadap Keganasan Antarabangsa mereka melancar suatu lagi komplot – yang memecahkan masyarakat-masyarakat Iraq dan Pakestin. “Pecah-pecah dan perintah” ialah taktik klasik mereka yang tidak pernah ditinggalkan, dan kita tetap lalai dan terpeangkap di dalamnya! Di bawah komplot ini, mereka juga hendak menyerang Iran dan Syria, dan dengan demikian, mereka harap akan mengubah peta dunia untuk memberikan mereka “Tatadunia Baru” di bawah penguasaan A.S.-Britain-Israel.

Quran mengajar kita, jika dua puak orang mukmin berperang, hendaklah kita damaikan mereka. Tetapi jika suatu puak menceroboh yang lain, kita diperintahkan berperang dengan puak itu hingga ia patuhi perintah Tuhan. (Lihat Quran, 49: 9)

Tentu saja ada kalangan munafik di antara kita: berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir. Kumpulan ini mesti didedahkan, kerana mereka merupakan musuh dalam selimut yang sangat berbahaya.

Pak Lah sebagai pemimpin parti dan Kerajaan memikul tanggungjawab berat memegang amanah bangsa Malaysia. Tiada amanah lain yang harus beliau tatah kecuali itu. Baru-baru ini kita dapat tahu bahawa sebuah Kumpulan Tempur Angkatan Laut Amerika Syarikat, sebagian dari tiga Kumpulan Tempur, berlabuh di Pelabuhan Kelang kita, nyata untuk mengheret kita ke dalam komplot perangnya terhadap Iran, sebuah anggota NAM dan OIC yang masih kita pengerusikan. Juga timbul berita bahawa Malaysia akan mengiktiraf negara kolonial Yahudi di Palestin dalam tempoh terdekat. Ini semua tanda-tanda yang tidak baik dan amat berbahaya kepada kedaulatan negara dan bangsa kita.

Pak Lah, UMNO dan bangsa Melayu sekarang menghadapi suatu masa yang amat genting. Hanya ketakwaan kepada Allah, kesetiaan kepada bangsa dan kejujuran yang tinggi yang boleh menyelamatkan kita dari kehancuran yang menanti.

5 comments:

kayzen said...

sorang tunai "hajat" dijamban lupa nak flush.. dtg sorang lagi nak tunai "hajat" terpaksa flush dulu.. lepas keluar jamban masing2 tak puas hati sebab tak flush jamban. yg pertama tak puas hati sebab org dah nampak "hajat" dia sebelum dia sempat cuci. org kedua tak puas hati sebab kene cuci "hajat" org lain sampai tak senang nak tunai "hajat" sendiri.

mundarmandir2 said...

"hajat" org ke-4 agak keras dan besar saiznya dan terapung-apung berbanding "hajat" org ke-5 yang barangkali "cirit" sajer..

Anonymous said...

I'm impressed with your site, very nice graphics!
»

Anonymous said...

I find some information here.

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»