Di kawasan kediaman kami, terdapat 2 buah kedai buku yang agak terkenal menurut warga tempatan. Yang pertama ialah kedai buku terpakai 'Bilingual Bookstore' (seakan-akan Payless Bookstore di Malaysia) dan yang kedua kedai yang agak mewah menjual buku-buku berbahasa Perancis yang diberi nama La Librarie De Verdun. Di sini boleh dikatakan kesemua buku-buku yang dijual berbahasa Perancis dan hampir separuh dalam kedai adalah buku-buku Bahasa Inggeris yang diterjemahkan.
Saya lebih berminat dengan kedai buku yang pertama disebabkan harganya jauh lebih murah, berbahasa inggeris dan banyak pilihan yang menarik. Kedainya kecil dan padat di samping penjaganya (dalam lingkaran umur 60 an) yang saya kira tahu serba serbi mengenai buku-buku yang dijualnya. Sebut sahaja nama pengarang dan genre buku yang dicari, pantas sahaja beliau menunjukkan rak.
Sepanjang berada di kedai buku ini, pengunjung terutamanya warga tua tidak putus putus datang silih berganti. Hebat warga tua mereka!
Buat sementara waktu ini, sepanjang berada di rumah sambil-sambil menikmati musim luruh yang dingin, 3 buah buku dibawah menjadi teman.


















































