www.majalahsains.com

12/12/06

Eksplorasi ke Teratak Za'ba



Benarlah Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengasihi hamba-hambanya. Sepanjang kehidupan manusia di bumi ini akan ada sahaja pemimpin-pemimpin terbaik yang diturunkanNya untuk menyuluh kegelapan yang dilalui oleh umat di zaman itu. Di alam melayu, nama Za’ba tidaklah dapat kita lupakan baik untuk generasi kini mahupun yang terdahulu. Secara ringkas Tan Sri Pendita Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba ( 16 September1895 – 23 Oktober 1973 )terkenal kebesarannya bukan sahaja dalam bidang bahasa dan sastera tetapi juga melangkaui bidang politik dan agama. Di samping itu beliau juga begitu terkehadapan dalam memperkatakan kelemahan dan kemiskinan orang melayu serta menulis banyak artikel-artikel menarik yang kritis untuk direnungi oleh umat dalam membina peradaban.

Kesempatan tukang catat ini mengunjungi Teratak Za’ba yang terletak di batu Kikir Negeri Sembilan pada cuti Keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini menimbulkan seribu satu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di sana dipamerkan bekas-bekas peninggalan beliau berupa perkakasan dan peralatan yang digunakan oleh beliau semasa hayat. Selain itu , Teratak Za’ba juga menyediakan pelbagai info menarik tentang jejak langkah perjuangan beliau.

Sesungguhnya terlalu banyak usaha yang dilakukan oleh Za’ba untuk memajukan orang melayu. Hasil perjuangan beliau berjaya mengangkat bangsa melayu untuk terus maju melawan gelombang hidup. Cuma yang agak dikesalkan ialah apabila bahasa melayu yang cuba diangkat beliau ke tempat sewajarnya sekarang semakin terpinggir dan tidak mendapat tempat. Kekecewaan itu telah dirakamkan oleh Nisah haron dalam puisi beliau yang dimuatkan dalam antologi Manuskrip Luka Bangsa. Di sini tukang catat menurunkan sajak tersebut untuk kita renungkan.

FATA MORGANA NADIM-ZA'BA

Andainya Za’ba dibawa ke menara ini
Pasti pilu rawan seorang pendeta
Raungnya kan terdengar dan menggegar
Dari kota hingga ke penghujung nusantara,
“Kalian apakan Pelita Bahasa Penggal Satu hingga Tiga?
Namaku abadi pada kolej sekolah dan asrama
Desah perjuanganku tercampak entah di sudut mana.”

Sudah lebih tiga dekad
Songkok Pendetamu belum ada pewarisnya
Anak-anak kita pun semakin
Tak pandai mengira “satu dua dan tiga”
Kononnya, membilang dengan bahasa ini
Sekadar berlegar dalam tempurung sendiri;
Meskipun dijamin Perkara 152
Dipagar kemas
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
Akta Bahasa Kebangsaan
Akta Pendidikan

Namun
Selagi bahasa ini tidak menjadi jati diri
Selagi tidak mengalir dalam urat dan nadi,
Semua akta boleh dikarung,
Dipaku dalam larung
Dicampak dalam gaung
Dan
Kau dan aku hanya meraung
Dalam talkin tanpa penghujung.

Selepas engkau tiada, Pendeta
Menara ini semakin tinggi membayangi bangunan lama
Ada hasrat memanjat, ada harapan ke hadapan
Namun keris bahasa hanya indah dalam sarungnya
Tak pernah terhunus menentang rempuhan penjajah kali kedua
Sedang, Sang Pemanas kerusi empuk di peterana
Mampu mengeluh semata.

Siapakah ibu bertuah menghamilkan seorang Za’ba lagi
Tidak digelar Nadim jika dibawa ke menara ini
Lahirnya kembar keris dan pena
Menikam dengan lisan
Menujah dengan tulisan
Berfirasat dengan isyarat.

Dialah pembawa pulang manuskrip moyangku dari Leiden.
Di Beijing, Sydney, London dan Capetown
Langsung ke seluruh dunia
Bukan sekadar bangga berbahasa dengan lidah ibunda
Malah tuturnya fasih bicaranya lancar
Melafazkan semua bahasa di jagat raya.

Apakah ini angan-angan kita
Mencari Za’ba seperti memandang fata morgana
Munculnya seketika selepas ini tiada
Begitukah nasib bahasa kita.

Di alaf ini semoga lahir si Nadim cendekia
Memakai songkok sang pendeta
Menghunus keris bahasa
Berjuang dengan lidah kita
Meredakan
Tangis seorang Za’ba.

oleh:
Nisah Haji Haron
5 Julai 2006
Ampangan

12/5/06

Selesai !!

Alhamdulillah!!ICSE2006 telah berakhir. Program selama 3 hari bermula 29 Nov- 1 Dis bertempat di Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur. Segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang kesulitan. Insya Allah jumpa lagi pada tahun 2008!!

11/16/06

Orang melayu bersidang

Terlebih dahulu, penulis blog ini mengaku yang dirinya bukanlah ‘penganalisis politik’ yang terkenal ;-). Apa yang ditulis adalah sebahagian daripada pemerhatian dan liputan kahbar-akhbar harian ( untung, sekarang kami telah melanggan Berita Harian dan The Star di pejabat) tentang situasi yang berlaku pada hari ini dan peristiwa-peristiwa semasa. Yang paling hangat ( ya ka?) adalah tentang perhimpunan agung umno kali ke-57 yang dipimpin oleh Pak Lah dan pengikut-pengikutnya yang taat setia yang bermula isnin lalu. Pada kebiasaan sebelumya penulis tertunggu-tungu juga ucapan dasar presiden parti UMNO yang terdahulu iaitu Tun M. Bukan apa, baik ucapan, tindakan, kata-kata, layanan kepada pemberita dan segalanya yang baik ( pada pandangan penulis) semuanya memberikan ransangan minda dan idea-idea yang baru tentang apa sahaja yang diutarakan. Ia jelas menunjukkan perwatakan seorang yang banyak mengkaji, berfikir, membaca dan memahami keperluan orang lain (walaupun ada juga sebahagiannya susah untuk diterima). Tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ucapan presiden UMNO yang baru mendatar sahaja baik intipatinya mahupun nada suara. Entah di mana letaknya noktah, koma, perenggan baru, tanda seruan dan sebagainya. Terus terang ia sangat membosankan bagi penulis, seolah-olah mengulangi perkara yang sudah terlalu biasa.

Satu perkara lain ialah mengenai kelantangan perwakilan yang berucap, mentang-mentanglah dasar baru amat telus baik dari segi media, politik dan pentadbiran kerajaan. Antara yang menarik perhatian penulis ialah kelantangan mengecam kaum lain. Ya, kita faham dalam keadaan sekarang kaum melayu agak terkebelakang sedikit dalam ekonomi, pendidikan dan etika tetapi menhentam kaum lain secara agak kasar ia dilihat kurang bijak kerana yang kena hentam akan bertindak balas secara logiknya. Sebagai contoh ada wakil dari kaum cina mengatakan kritikan terbuka di zaman sekarang melampaui apa yang dilakukan oleh pembangkang. Kita harap Pak Lah dapat mengawal situasi ini untuk mengelakkan suasana tegang antara kaum. Yang lain-lain kita serahkan kepada pemimpin yang bijaksana.

Selamat berhujung minggu!!

p/s: hampir setiap kali perhimpunan agung UMNO, setiap perwakilan mencuba sedaya upaya menarik perhatian hadirin dengan lawak jenaka ( yang kadang-kadang bodoh dan kurang bijak) serta dan pantun gurindam. Bila keluar PWTC, masih lagi mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama. Apakah melayu mudah lupa??

11/8/06

Apabila kebodohan mengambil tempat!


Baru-baru ini YB Jasin telah menghamburkan "ketidakcerdikannya" di khalayak ramai. Maka ia sangat wajar di jawab oleh si cerdik bernama Ridhuan Tee Abdullah dengan ini.

p/s. Telunjuk lurus, kelingking berkait (anda bebas mentafsirkan apa yang tersirat).

11/1/06

International Conference on Semiconductor Electronic


Hey guys!!ICSE06 just around the corner ! Take a loook at this site !!

10/8/06

Juadah Terkini !

Bulan lepas tukang tulis blog telah berjaya menempah 3 buah buku secara online. Buku yang pertama dari perkhidmatan dalam talian melalui kedai buku yang kedua (atau ketiga selepas MPH dan Borders) terbesar di Malaysia iaitu Kinokuniya di KLCC. Alhamdulliah buku The Man Behind Microchip, Robert Noyce and the Invention of Silicon Valley tulisan Leslie Berlin telah selamat sampai ke tangan penulis. Buku kedua ‘Perjalananku Sejauh Ini, Sebuah Autobiografi karya Seniman Negara (SN) yang sedang uzur Shahnon Ahmad (SA) juga telah sampai ke meja penulis melalui khidmat pos express dari perkhidmatan online Ujanailmu. Buku ketiga juga dari Ujanailmu bertajuk A Samad Said, Kehidupan Seorang Seniman Malaysia karya Dinsman.

Dari ketiga-tiga buah buku di atas, yang sempat dihadam oleh penulis hanya dua dan keduanya adalah yang berbahasa melayu. Buku berbahasa inggeris masih lagi dalam peringkat pembacaan dan dengan waktu yang agak terbatas dipaksa juga mencari ruang masa untuk menghayati apa yang disampaikan oleh penulis buku tersebut. Maklumlah, bahasa inggeris sebagai bahasa kedua masih lagi menjadi cabaran dan penulis sangat bernasib baik kerana ‘my significant other is a great english guru’ ;-). Jadi mungkin batasan waktu yang akan menentukan sejauh mana kembara meningkatkan mutu ‘english (and arabic also) as a 2nd language’ ini dapat dicapai. Insyaallah

Berbalik kepada ketiga-tiga buku yang diatas, yang pertama menceritakan perihal kisah hidup seorang yang penting dalam penciptaan litar bersepadu (IC) mikroelektronik dan kemajuan daerah Lembah Silikon di Selatan California Amerika Syarikat. Robert Noyce merupakan salah seorang yang bertanggungjawab mencipta integrated circuit (IC) selain penerima anugerah nobel terkenal pada tahun 2000 iaitu Jack Kilby. Menurut Arokia Nathan melalui satu ceramahnya mengenai nanoteknologi di UKM baru-baru ini, sekiranya umur Noyce masih penjang, kemungkinan beliau akan berkongsi Nobel Prize tersebut dengan J.Kilby. Buku ini menceritakan dari awal kelahiran Noyce, penglibatan beliau dengan penyelidikan transistor dan mencipta IC bersama-sama dengan William Shockley dan Gordon Moore serta rakan-rakannya yang lain. Maaf, cerita lanjut akan menyusul selepas penulis khatam dahulu buku ini

Buku kedua pula berkisar tentang kisah perjalanan hidup SN yang terkenal Shahnon Ahmad dengan penceritaan yang berkisar tentang kehidupan rakyat marhain lewat bukunya seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Detik-Detik Diri di Daerah Daif, Seluang Menodak Baung, Sungai serta puluhan buku serta cerpennya. Dalam buku ini, secara ihklas beliau menceritakan kisah hidup sepanjang hidup yang dilalui sehingga sekarang selepas beliau dihinggapi penyakit lumpuh. Suatu masa dahulu Shahnon Ahmad dikritik hebat lewat karyanya yang kontroversi ‘SHIT’ dan politik Malaysia yang bergelora pada tahun 1998 yang menyaksikan kejatuhan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. Buku ini dimulai dengan kisah hidup beliau semasa kecil, pendidikan, dunia kesusasteraan, keindahan alam yang dan juga masa-masa genting dalam hidup beliau selepas terbabit dengan gerakan Al-Arqam, PAS dan sebagainya yang banyak mewarnai autobiografi ini. Gaya penceritaan secara bersahaja dan penuh nilai estetika seni membuatkan pembaca terpaku melahap buku terbaru karya Shahnon Ahmad. Tak percaya anda boleh cuba!

Buku ketiga pula lebih merupakan sebuah diari dari SN yang terkenal juga iaitu A Samad Said, .Kehidupan Seorang Seniman Malaysia. Catatan Dinsman, penulis buku tersebut merupakan kisah perjalanan harian Pak Samad dalam dunia sastera dan pembacaannya. Buku ini disertakan juga dengan 2 keping VCD yang menunjukkan persekitaran rumah A Samad Said yang sarat dengan buku dan bahan bacaan, sehingga langsung tidak kelihatan seperti rumah yang didiami oleh kebanyakan orang lain. Selain itu, diceritakan juga segala hobi, minat, aktiviti dan tujuan kehidupan yang dilalui oleh Pak Samad dari dulu sehinggalah sekarang.

Selain ketiga-tiga buku yang diperolehi secara online di atas, penulis juga berpeluang menikmati beberapa buah buku lagi yang sukar didapati dan dihentikan penerbitannya oleh Penerbit UKM ( kerana kontroversi!!). Buku-buku tersebut merupakan memoir pejuang kemerdekaan yang diabaikan dalam sejarah Malaysia dan tidak disentuh langsung dalam buku-buku sejarah semasa di alam persekolahan. Buku-buku yang dimaksudkan ialah, Memoir Shamsiah Fakeh, Dari Awas ke Rejimen ke-10, Memoir Ibrahim Chik, dari API ke Rejimen ke -10 dan Memoir Abdul Majid Salleh, Dalam PKMM dan Kesatuan Buruh. Jelas kepada penulis selepas membaca ketiga-tiga buah buku ini, terasa seperti ada suatu kepincangan dalam penceritaan sejarah kemerdekaan tanah air tercinta ini seperti yang terdapat dalam buku-buku sejarah sekarang. Ya, penulis blog ini mungkin silap kerana masih terlalu awal untuk membuat kenyataan seperti ini, tetapi seolah-olah pembabitan ‘golongan kiri’ dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dahulu langsung diabaikan. Penulis juga barangkali silap, kerana rejimen ke -10 adalah sebuah organisasi Komunis yang menubuhkan Parti Komunis Malaya PKM suatu masa dahulu. Komunisme juga merupakan ideologi yang asing dalam dunia melayu islam Mungkin ahli sejarah lain boleh menerangkan situasi ini??.

Bacaan-bacaan lain yang penulis sedang nikmati sekarang ialah, Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia hasil karya Hairudin Harun. Buku ini masih lagi diperingkat awal untuk dikongsi bersama dan satu lagi yang agak menarik dan berbahasa inggeris pula ialah, Openheimer and The Manhatan Project-Insight Into Robert J Oppenheimer, the Father of Atomic Bom. Melalui tajuknya sahaja kita telah menangkap apa yang akan diceritakan dalam buku ini yang berupa penceritaan orang perseorangan yang mengenali dan pernah bekerja dengan Openheimer. Beliau merupakan ketua program yang bertanggungjawab dalam Manhattan Project yang menyaksikan tamatnya Perang Dunia ke-2 selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki . Projek Manhattan ialah satu kerja saintifik terbesar di abad ke-20 yang disertai oleh saintis-saintis terkemuka dunia dalam menghasilkan bom atom. Juga masih dalam peringkat pembacaan.

Sekian untuk kali ini.

Selamat berpuasa ramadhan kepada seluruh umat islam di dunia, semoga puasa membawa kita menjadi manusia yang lebih bertakwa. ( Ta, Qaf, Wau, Ya’).

9/15/06

Renungan Jumaat!


Jumaat lepas penulis berangkat ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam untuk menghadiri sanggar kerja anjuran tempat penulis ‘berkhidmat’. Selama 3 hari dengan aturcara yang padat dan fleksibel membincangkan perkara yang berkaitan organisasi dan hala tuju untuk meningkatkan prestasi di masa hadapan. Pelbagai topik dan isu yang di bincangkan di sana dan yang menarik ialah muhasabah diri mengenai pencapaian dan hala tuju program nanoteknologi khususnya dalam nanoelektronik dan microteknologi yang akan digembeleng untuk menongkah cabaran mendatang di dunia R&D .

Kesempatan jumaat kali ini tidak penulis tidak bercadang untuk bercerita isu yang dibincangkan di sanggar kerja, tetapi ada suatu pengalaman menarik yang rasanya boleh dikongsi untuk tatapan beberapa kerat pengunjung mundarmandir. Program yang padat di Pangkor tidak menghalang kami beberapa orang untuk santai menelusuri pulau bersejarah itu menggunakan jalan laut. (baca bot kecil). Sepanjang perjalanan kami ke kawasan ‘coral view’ untuk snorkeling, air laut yang tenang di tiba-tiba beralun kencang dan ombak semakin besar membuatkan bot yang kami naik teroleng-oleng di permukaan laut. Beberapa kali pemandu bot menghentikan perjalanan untuk mengelak rempuhan ombak besar. Fuhh!!, masa tu tuhan sahaja lah yang tau degupan jantung gementar dan panik kami. Perasaan cemas tiba-tiba reda bila diberitahu oleh ‘driver’ bot yang fenomena itu adalah normal bila bot berada di laut lepas yang tidak dilindungi kawasan pulau-pulau lain disekitarnya. Selain itu, pertembungan antara dua hempasan ombak antara 2 pulau berdekatan yang menjadi laluan ke kawasan snorkeling juga mengakibatkan gelombang ‘agak besar’.

Terlepas dari cemas itu, barulah kami dapat menikmati alam indah ciptaan tuhan sambil menginsafi akan kerdilnya manusia di hadapan Tuhan dan alam ciptaanNya yang bernama lautan. Di suatu kawasan air laut begitu tenang dan di sudut lain pula kelihatan sedikit bergelora. Tenang dan gelora!! Apa yang boleh dipelajari dari pengalaman mengharungi lautan adalah perjalanan hidup kita di bumi Allah ini. Boleh lah kita tamsilkan hidup ini seperti sampan di lautan tenang dan secara tiba-tiba bergelombang. Terlalu banyak godaan dan cubaan hidup di dunia ini sebelum kita menuju ke kampung akhirat yang kekal abadi. Dalam perjuangan melawan ujian inilah kerap kali kita tersadung dan jatuh ke lembah. Bagi yang kuat, jatuh hanyalah sebagai saringan untuk terus kukuh berdiri manakala yang lemah akan terus terhenyak ke bawah tidak bangun-bangun. Maka dalam pelayaran untuk sampai ke destinasi, sampan itu tadi lah yang perlu dibina teguh dan kuat agak tidak pecah dan hanyut bila dipukul ombak.

Sempena kedatangan ramadhan al-mubarak yang bakal menjelang, marilah sama-sama kita menginsafi kekurangan diri dan sentiasa berusaha untuk memantapkan jiwa serta menjernihkan akal fikiran supaya hidup kita yang singkat ini tidak dipersia-siakan oleh bujukan dan godaan dunia.

9/7/06

Matinya Seorang Sang Pemburu Buaya!


Kematian Steve Irvin mengejutkan peminat dan pemujanya di seluruh dunia atau mungkin separuh dari penghuni planet bumi, (termasuk buaya) dengan pengecualian mereka yang tidak menonton siri Crocodile Hunter atau pun penduduk di negara miskin yang tidak dapat menikmati siri TV tersebut. Kejadian malang yang mengakibatkan mendiang meninggal dunia adalah disebabkan sengatan pari berbisa semasa beliau membuat penggambaran tentang haiwan tersebut di perairan Australia. Tanggal 4 Sept 2006 maka tamatlah riwayat sang pemburu buaya yang terkenal dengan keberanian, kesungguhan serta kecintaannya terhadap dunia haiwan dan alam semulajadi.

Iktibar yang mungkin dapat kita kutip dari kisah hidup beliau yang menghambakan diri dengan alam semulajadi dapat memberikan sedikit ransangan minda kepada kita tentang keberanian dan kegigihan orang-orang barat dalam mengerjakan sesuatu walaupun berdepan dengan risiko kematian berbanding “orang kita”. Banyak kisah orang-orang barat yang menjalankan pekerjaan dan kajian mereka sehingga sedalam-dalamnya yang jarang terfikir oleh kita dan mungkin dianggap sebagai ‘kerja gila’ oleh mereka yang belum mengerti apa itu kecintaan. Suatu jenaka oleh seorang profesor di UKM menyatakan orang barat yang mengkaji tentang seekor nyamuk dapat menghasilkan sebuah buku tebal yang lengkap tentang serangga tersebut, tetapi orang kita mungkin hanya boleh menerangkan nyamuk dengan ringkas kemudian buntu untuk menghuraikannya dengan jelas. Mungkin jokes ini ada kebenarannya!

Realiti dalam kehidupan pun kita dapati belum ada lagi orang melayu yang mengerjakan sesuatu pekerjaan atau pun penyelidikan yang bersungguh-sungguh dan berisiko tinggi dengan kematian. Yang ramai mungkin meninggal di katil hospital disebabkan penyakit jantung atau cancer yang disebabkan oleh banyaknya menyedut asap rokok ataupun kegemukan melampau akibat terlalu banyak makan. Amat jarang atau pun langsung tiada lagi kisah-kisah melayu hebat yang diangkat dalam bentuk biografi,buku atau pun rencana-rencana terkemuka selepas abad dua puluh (penulis mungkin silap). Mungkin sifat berani mencuba sesuatu yang berisiko belum begitu membara dalam diri kita umat melayu (islam)!! Bagaimana ya??

8/16/06

Membaca semula


Membaca semula menurut Shahrom TM Sulaiman merupakan suatu proses pengulangan pembacaan suatu bahan bacaan yang sama untuk menikmati kandungan serta penyampaian yang disampaikan oleh penulis bahan bacaan tersebut. Sudah menjadi kebiasaan bahawa membaca semula (reread) banyak dilakukan terhadap bahan-bahan yang boleh dianggap ‘masterpiece’ dan bermutu tinggi namun tidak kurang juga yang menjadikan ‘reread’ sebagai hiburan ringan yang bersifat ilmiah. Penulis blog ini juga kerap kali melakukan pembacaan ulangan terutamanya karya-karya tulisan HAMKA antaranya ialah Falsafah Hidup, Tasawuf Moden, Tengelamnya Kapal Van Der Wijk serta Iman dan Amal Soleh serta beberapa jenis bahan bacaan yang lain. Ada beberapa buah diantaranya menjadi milik kekal penulis selain dipinjam dari perpustakaan. Tulisan kali ini bukan lah untuk membicarakan karya-karya buya HAMKA mahupun peribadinya yang terkenal itu, tetapi sebuah buku ( 2 sebenarnya untuk lebih tepat) yang menjadi subjek wajib semasa penulis di tahun pertama UKM pada tahun 1998 dahulu. Subjek tersebut dinamakan Tamadun Islam dan Kenegaraan A&B dan buku yang dimaksudkan ialah Sains Menurut Perspektif Islam (ZT1022).

Di kesempatan kali ini hanya satu topik sahaja yang dipilih oleh penulis dari 26 topik yang lain (dari penulis-penulis yang berlainan) untuk mengingatkan penulis khasnya dan mungkin juga orang lain secara umum tentang topik ‘ZIONISME: SATU PAKATAN MENGHANCURKAN AKHLAK, AGAMA DAN TAMADUN ISLAM, hasil tulisan Prof Dr Sulaiman Nordin ( PDSN) ( ayahnya si Yasin mentor tu). Penulis sendiri dengan rendah hati mengaku bahawa penulis belum pandai untuk mengulas hasil tulisan orang lain, tapi dengan rasa ingin tahu dan berminat untuk mengetahui tentang suatu kaum yang dahulunya dimuliakan Tuhan dan bertukar menjadi seperti iblis laknatullah, mungkin serba sedikit boleh dikongsi dengan pembaca yang lain.

Dalam tajuk ini, PDSN menceritakan tentang pakatan ‘iluminati yang ditubuhkan pada tahun 1776 di negara Jerman (boleh dibaca dalam buku ‘Bidak-bidak di Papan Catur Iblis oleh William Guy Carr) dan Pertubuhan Freemason yang terkenal dengan simbol ‘bermata satu’ dan sekarang boleh dilihat pada wang kertas US dolar ( betapa petubuhan ini yang majoritinya penganutnya berbangsa yahudi berjaya menguasai dunia dengan dolar Amerika). Kedua-dua pertubuhan sulit ini sebenarnya telah lama wujud sebelum kewujudan fahaman Yahudi Zionis, isme-isme lain dan negara haram Israel itu sendiri. Selain itu, PDSN juga menceritakan serba sedikit sejarah asal usul keturunan yahudi dan agama mereka dan perkembangan mereka di seluruh dunia serta sikap mereka terhadap bangsa lain yang boleh diperolehi dari ‘Protokol-protokol Zionis karangan cendekiawan yahudi”. Tajuk ini juga membincangkan masalah-masalah yg dihadapi oleh islam dan bangsa lain menghadapi yahudi. Penulis juga menyelitkan kitab-kitab rujukan bangsa yahudi dan fahaman yang dianuti oleh mereka. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, buku ini boleh didapati di Pusat Pengajian Umum (PPU) UKM ( khabarnya diberi percuma kerana banyak stok lama tersimpan). Selamat mencari kebenaran!


Sekian .

p/s. Kepada Sharifah Amani dan mereka-mereka yang memperlekehkan Bahasa Melayu, insaflah, hidup tak selalunya indah!!

8/11/06

Paused (again)!!

Since my friend did posted his copy and paste of 'technical poem' on what he's doing nowadays, me too got a similar style (in malay of course) ;-)

Petani Silikon

Kami adalah petani silicon
Lahan kami adalah silicon
Garapan kami adalah silicon
Hasil kami keluar dari silicon

Kami pupuk silicon dengan boron
Kami pupuk silicon dengan fosfor
Kami cangkul silicon dengan plasma
Kami siram silicon dengan metal

Berjuta transistor tumbuh dengan subur
Beribu gerbang terkait dengan terukur
Sinyal diubah menjadi informasi
Informasi dituai untuk santapan rohani

Dan semua usaha untuk kemakmuran bangsa
Dan semua kelelahan untuk keagungan manusia
Dan semua hasil adalah karunia-Nya
Dan petani silikon terus berusaha

Prof Samaun Samadikun

ITB, Bandung Indonesia

p/s. We should actually pay a visit to Prof Samaun Samadikun's laboratory when we were at ITB last 3 month ago, but all of a sudden (for some unknown reason) the appointment has been cancelled out.

8/9/06

Berhenti sejenak!

Perlakuan kejam Zionis dan golongan Neo-con ke atas dunia islam semakin membarah. Setiap hari menatap akhbar harian sejak 4 minggu lalu, minda di asak bertubi-tubi dengan berita-berita perang dan keganasan. Apa kata kita berehat seketika dari isu ini (tanpa melupakan terus) dan meninjau alam falsafah sains dan teknologi serta akibat dari kegilaan manusia menuruti akal dan peraturan tanpa mengikut acuan agama (meminjam istilah Prof Dr Mohd Yusof Hj Othman).

8/3/06

Good article about bani israel!

Dear readers,
Open and clear your mind and read here !

7/27/06

Lagi tentang yahudi

Untuk makluman!..entry-entry blog kali ini berkisar tentang keganasan dan kebuasan yahudi dan sekutunya menyembelih umat islam di timur tengah. Selain itu, serba sedikit info-info berguna sebagai rujukan untuk menyingkap kaum dajal (syaitan) yang berupa manusia ini. Terbaru ialah tulisan Ust MASZLEE MALIK yang dimuatkan dalam akhbar harian mengenai zionis-kristian. Ust MASZLEE MALIK juga merupakan orang penting dalam palestinkini.info. Setakat ini, hanya inilah (memahami situasi dan fakta sebenar siapa yahudi )sahaja yang mampu dilakukan oleh penulis blog ini untuk menyokong perjuangan muslim menentang zionis, agar kekuatan dan kelemahan kita dalam memerangi golongan kuffar ini dapat dirancang dan digembeleng dengan lebih ber'strategi.

selamat hari jumaat.

7/26/06

Yang sepatutnya kita faham tentang yahudi !

Tulisan dan rujukan ini adalah 'sedikit' ringkasan tentang orang-orang yahudi dan zionisme untuk difahami oleh umat melayu. Sila lah baca di sini dan di sini agar lebih terbuka selaput minda kita untuk memahami golongan ini.

7/18/06

Mengenai melayu

Tulisan Hassan Ahmad berkenaan permasalahan semasa di sini
dan di bawah ini ialah sajak mengenai melayu karya SN Usman Awang yang di post kan oleh Pengarah Pusat Komputer UKM untuk santapan pagi umat melayu (islam)..Enjoy!!


Melayu
oleh Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

7/9/06

Bila Mufti Bersuara

Hati umat islam di malaysia khususnya pedih lagi apabila mufti Perak Datuk Haji Harussaini Zakaria baru-baru ini mendedahkan laporan kajian terbaru tentang umat islam Malaysia yang dijalankan oleh muslim profesional. Antara yang disebut beliau ialah menularnya gejala murtad dikalangan umat islam yang mencecah 100,000 orang seluruh Malaysia, 1 billion ringgit setahun dihabiskan oleh kaum melayu yang beragama islam untuk membeli arak, 3 billion untuk berjudi, dan menularnya pemikiran islam liberal (liberalisme), pluralisme, khilafiah dan sekularisme. Selain itu juga beliau menyatakan kebimbangan tentang wujudnya budaya berhibur secara melampau yang dikenali sebagai hedonisme dikalangan orang melayu beragama islam. Beliau menggesa JAKIM supaya bertindak proaktif untuk menyelamatkan maruah agama islam dan belia-belia islam supaya kembali kepada ajaran islam yang sebenar dengan menjalankan kajian terperinci serta mendedahkan kajian tersebut kepada umum bagi menjelaskan realiti sebenar umat islam di Malaysia khususnya.

Di arena antarabangsa, umat islam terus berasa tertekan dan tertindas dengan kekejaman terbaru Israel di bawah pimpinan Ehud Olmert selepas menggantikan si durjana Ariel Sharon sebagai PM Israel. Terbaru kerajaan baru Palestine pimpinan Ismael Haniyeh sebagai pemimpin HAMAS dibedil habis-habisan oleh tentera zionis. Sedih dan simpati hampir tidak berkesudahan terhadap saudara muslim kita di Palestine.

Persoalan yang perlu ditanya ialah sejauh mana kita sebagai umat islam ‘sedar’ akan masalah dan kudis yang melanda umat islam ini. Misalnya umat islam di Malaysia yang berjumlah 70% dari 25 juta penduduk di Malaysia, berapa kerat sahaja dari kita yang sedar dan insaf tentang nasib orang islam dan melayu sendiri. Berapa ramai yang risau tentang masa depan pemuda-pemuda melayu muslim akan datang. Berapa ramai yang bimbang berdepan dengan anasir-anasir hiburan melampau yang makin mengasak dari kiri dan kanan. Untuk membenteng kejahatan ini, mustahil untuk seorang individu bertindak. Usaha berterusan lewat penyelidikan, tulisan, ucapan dan sikap mental itu sendiri perlu dibentuk untuk menyatukan umat islam yang semakin berpecah dan rosak akibat pengaruh liar dari barat ini. Dosa yang lepas marilah kita bertaubat, jangan diulangi dosa yang sama, perbaiki lah diri sendiri, sedarkanlah rakan-rakan kita di sekeliling, berusahalah mengikut kemampuan sendiri dan berdoalah kepada Allah dalam setiap usaha. Dalam kekalutan mengenangkan kesengsaraan umat islam dan melayu di Malaysia khususnya dan seluruh dunia secara umum, kita bingung apabila media masih galak bercerita isu MAWI PUTUS TUNANG di muka depan!! Sama-samalah kita fikirkan..Tq blogspot.

7/2/06

Another Sad Story of R&D in Malaysia

For those people who dedicated and passionated about the Research and Developement, this is another sad story

6/28/06

Perang Tun M dan Pak Lah.....Komen Kassim Ahmad

Penulis menurunkan hasil tulisan Dr Kassim Ahmad di bawah sebagai bahan bacaan umum untuk tatapan rakyat Malaysia. Pesanan pemilik blog ini, perlu hati-hati membaca tulisan Pakcik Kassim ni..

*****************************************

DEBAT DR MAHATHIR-KERAJAAN PAK LAH
MENANGANI MASALAH PERBEZAAN PENDAPAT


Oleh: Kassim Ahmad
27 Jun, 2006

Debat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kerajaan Pak Lah, nampaknya, sukar dibendung. Apakah ini baik untuk UMNO, untuk Barisan Nasional dan untuk bangsa kita seluruhnya? Ini soalan yang patut kita fikirkan dengan teliti dan bijaksana.

Berpandukan kitab suci kita, kita harus menyelesaikan semua masalah kita melalui perundingan. Nampaknya, dalam debat ini, tahap ini sudah berlalu dan mungkin kita tidak dapat berpatah balik lagi. Mengapa ia jadi begini perlu disiasat. Kemungkinan besar, perbezaan pendapat ini disebabkan oleh faktor yang asing. Faktor ini ialah komplot musuh. Jika ini sudah berlaku, ini tanda bangsa kita akan musnah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohammed Nazri Abd. Aziz telah mengishtiharkan perang terhadap Tun Dr. Mahathir. Mengapa sampai begitu? Tidakkah ada cara lain untuk menyelesaikan perselisihan pendapat ini? Suara siapa yang beliau suarakan?

Sebagai pemimpin parti dan Kerajaan, Pak Lah mestilah bertindak tegas dan bijaksana menganjurkan penyelesaian melalui perundingan yang produktif, yakni perundingan ini mestilah dengan jujur untuk mencarai penyelesaian, selaras dengan kepentingan UMNO dan bangsa.

Kita semua tahu UMNO, dalam usianya 60 tahun sekarang, sudah banyak rosak, dirosakkan oleh semangat materislisme yang berlebihan. Namun demikian, ia masih boleh dan perlu diperbetulkan, kerana masih tiada parti lain, malangnya, yang boleh menggantikan UMNO dalam keadaan sekarang.

PAS dan Keadilan, sebagai dua buah parti yang ingin menggantikan tempat UMNO, memang boleh berbuat demikian, jika pemimpin-peminpin mereka jujur dan sanggup meletakkan kepentingan bangsa melebihi kepentingan ideologi dan ego pemimpin masing-masing.

Kita harus sedar siapa musuh kita sekarang dan kita mesti mempunyai kewaspadaan yang tinggi terhadap musuh itu. Lihat komplot musuh ini di Asia Tenggara. Lapan tahun Perang Iran-Iraq ialah komplot mereka yang besar. Ia suatu tragedi yang besar bagi umat Islam. Sekarang di atas nama Perang terhadap Keganasan Antarabangsa mereka melancar suatu lagi komplot – yang memecahkan masyarakat-masyarakat Iraq dan Pakestin. “Pecah-pecah dan perintah” ialah taktik klasik mereka yang tidak pernah ditinggalkan, dan kita tetap lalai dan terpeangkap di dalamnya! Di bawah komplot ini, mereka juga hendak menyerang Iran dan Syria, dan dengan demikian, mereka harap akan mengubah peta dunia untuk memberikan mereka “Tatadunia Baru” di bawah penguasaan A.S.-Britain-Israel.

Quran mengajar kita, jika dua puak orang mukmin berperang, hendaklah kita damaikan mereka. Tetapi jika suatu puak menceroboh yang lain, kita diperintahkan berperang dengan puak itu hingga ia patuhi perintah Tuhan. (Lihat Quran, 49: 9)

Tentu saja ada kalangan munafik di antara kita: berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir. Kumpulan ini mesti didedahkan, kerana mereka merupakan musuh dalam selimut yang sangat berbahaya.

Pak Lah sebagai pemimpin parti dan Kerajaan memikul tanggungjawab berat memegang amanah bangsa Malaysia. Tiada amanah lain yang harus beliau tatah kecuali itu. Baru-baru ini kita dapat tahu bahawa sebuah Kumpulan Tempur Angkatan Laut Amerika Syarikat, sebagian dari tiga Kumpulan Tempur, berlabuh di Pelabuhan Kelang kita, nyata untuk mengheret kita ke dalam komplot perangnya terhadap Iran, sebuah anggota NAM dan OIC yang masih kita pengerusikan. Juga timbul berita bahawa Malaysia akan mengiktiraf negara kolonial Yahudi di Palestin dalam tempoh terdekat. Ini semua tanda-tanda yang tidak baik dan amat berbahaya kepada kedaulatan negara dan bangsa kita.

Pak Lah, UMNO dan bangsa Melayu sekarang menghadapi suatu masa yang amat genting. Hanya ketakwaan kepada Allah, kesetiaan kepada bangsa dan kejujuran yang tinggi yang boleh menyelamatkan kita dari kehancuran yang menanti.

6/25/06

Kematian

Setiap kehidupan yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Itu merupakan hakikat yang wajib dipercayai oleh setiap manusia. Soal cepat atau lambat hanya masa dan ketentuan Tuhan yang menetapkan. Mati menurut istilah rasmi merupakan saat di mana berpisahnya roh dengan jasad, dan menurut kepercayaan sejati muslim ia adalah waktu di mana malikil maut iaitu malaikat Izrail datang mengambil roh tersebut menemui Tuhan Yang Maha Mencipta. Sebab-sebab berlakunya kematian terlalu banyak. Mungkin akibat penyakit, peperangan, kemalangan, tua dan sebagainya. Setiap hari sekiranya kita sedar, akan ada peristiwa kematian yang kadang-kala merupakan kenalan, waris atau pun orang-orang awam. Pada tahun ini, penulis dikejutkan dengan beberapa peristiwa kematian yang melibatkan saudara, kenalan dan juga orang-orang terkenal di mata masyarakat.

Yang pertama ada lah seorang tua yang kaya dengan pengalaman hidup, berumur sekitar 80-an yang sempat memberikan beberapa kata nasihat kepada penulis dan isteri beberapa hari sebelum ajalnya tiba. Walaupun itu adalah pertemuan pertama dan terakhir dengan penulis, nasihat beliau terlalu ikhlas dan jujur seolah-olah tiada apa yang perlu disimpan lagi untuk di bawa ke alam barzakh kecuali amal soleh sebagai bekalan.

Yang kedua adalah saudara penulis sendiri berpangkat emak saudara. Walaupun tidak begitu rapat dengan beliau, terkesan dihati penulis semenjak kecil lagi budi baik dan keikhlasan beliau dalam memberikan bantuan tenaga dalam apa saja majlis yang melibatkan keluarga. Keikhlasan begini hanya didapati dari golongan pertengahan umur dan orang-orang tua yang insaf bahawa hidup ini adalah pinjaman semata.

Dan yang terakhir, adalah seorang yang penulis agung dari negara seberang yang terkenal dengan panggilan Bung Pram. Nama sebenar beliau adalah Pramoedya Anantha Toer, yang merupakan seorang sasterawan ulik, tahan dugaan, dan bersikap anti penjajah. Ulik kerana hampir sebahagian kehidupannya adalah dibalik jeriji besi akibat dikurung pemerintah yang tidak tertanggung dengan tulisannya dalam mengkritik pemerintah Indonesia pada waktu itu dizaman orde lama dan orde baru. Antara buah tangannya, yang terkenal adalah Tahanan di Pulau Buru, Rumah Kaca dan beratus-ratus lagi karya yang dibungkam sahaja oleh Suharto di zaman pemerintahannya. Penulis blog ini sendiri masih belum berkesempatan membaca karya-karya beliau, namun cerita-cerita dan kisah hidup Bung Pram sentiasa berlegar-legar dalam kepala yang menyatakan dengan sangat kuat bahawa, buku-buku beliau akan sampai juga ke tangan penulis satu hari nanti, insyallah.

Moga redha Allah ke atas mereka-mereka ini dalam menemui Tuhan Rabbul Alamin.

Chioww..

6/11/06

Big Day

Alhamdulillah..penulis blog ini menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Alah SWT kerana telah dapat menyempurnakan suatu sunnah Nabi SAW pada 28 May 2006. Alhamdulillah sekali lagi kerana majlis kenduri keraian dikedua-dua belah pihak dapat dijalankan dengan teratur, tersusun dan mengikut seperti apa yang telah dirancangkan tanpa sebarang masalah. Alhamdulliah, segala puji bagi Allah yang Maha Mengatur lagi Maha Mentadbir.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan karib penulis blog dan juga sahabat baik kepada ’partner’ tukang taip blog ini yang sudi datang bertandang ke majlis keraian kami baik di sebalah pihak perempuan mahu pun di pihak lelaki. Hadiah dan pemberian (banyak banget dong) anda sangat kami hargai dan budi baik anda hanya Allah sahaja lah yang dapat membalas. Terima kasih juga kepada semua mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menzahirkan majlis perkahwinan kami. Kepada ibu bapa penulis Puan Masitah Bt Sulaiman dan Aziz B Jusoh serta kedua ibu bapa mertua penulis Haji Mohd Shah Bin Hussein dan Hajjah Norsimah bt Hj Habib, hanya Allah jua lah yang mengetahui betapa rasa syukurnya tukang tulis blog ini di atas pengorbanan anda dalam merealisasikan majlis walimah yang penuh berkat dan bermakna ini. Mudah mudahan limpah kurnia pemberian Allah jua lah yang dapat membalas segala budi dan jasa anda. Alhamdulillah!!

Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, rahmati dan peliharalah kedua mereka, sebagaimana mereka menjaga ku semasa aku kecil. Ameen!!

Thanks folks!!!