www.majalahsains.com

6/28/06

Perang Tun M dan Pak Lah.....Komen Kassim Ahmad

Penulis menurunkan hasil tulisan Dr Kassim Ahmad di bawah sebagai bahan bacaan umum untuk tatapan rakyat Malaysia. Pesanan pemilik blog ini, perlu hati-hati membaca tulisan Pakcik Kassim ni..

*****************************************

DEBAT DR MAHATHIR-KERAJAAN PAK LAH
MENANGANI MASALAH PERBEZAAN PENDAPAT


Oleh: Kassim Ahmad
27 Jun, 2006

Debat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kerajaan Pak Lah, nampaknya, sukar dibendung. Apakah ini baik untuk UMNO, untuk Barisan Nasional dan untuk bangsa kita seluruhnya? Ini soalan yang patut kita fikirkan dengan teliti dan bijaksana.

Berpandukan kitab suci kita, kita harus menyelesaikan semua masalah kita melalui perundingan. Nampaknya, dalam debat ini, tahap ini sudah berlalu dan mungkin kita tidak dapat berpatah balik lagi. Mengapa ia jadi begini perlu disiasat. Kemungkinan besar, perbezaan pendapat ini disebabkan oleh faktor yang asing. Faktor ini ialah komplot musuh. Jika ini sudah berlaku, ini tanda bangsa kita akan musnah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohammed Nazri Abd. Aziz telah mengishtiharkan perang terhadap Tun Dr. Mahathir. Mengapa sampai begitu? Tidakkah ada cara lain untuk menyelesaikan perselisihan pendapat ini? Suara siapa yang beliau suarakan?

Sebagai pemimpin parti dan Kerajaan, Pak Lah mestilah bertindak tegas dan bijaksana menganjurkan penyelesaian melalui perundingan yang produktif, yakni perundingan ini mestilah dengan jujur untuk mencarai penyelesaian, selaras dengan kepentingan UMNO dan bangsa.

Kita semua tahu UMNO, dalam usianya 60 tahun sekarang, sudah banyak rosak, dirosakkan oleh semangat materislisme yang berlebihan. Namun demikian, ia masih boleh dan perlu diperbetulkan, kerana masih tiada parti lain, malangnya, yang boleh menggantikan UMNO dalam keadaan sekarang.

PAS dan Keadilan, sebagai dua buah parti yang ingin menggantikan tempat UMNO, memang boleh berbuat demikian, jika pemimpin-peminpin mereka jujur dan sanggup meletakkan kepentingan bangsa melebihi kepentingan ideologi dan ego pemimpin masing-masing.

Kita harus sedar siapa musuh kita sekarang dan kita mesti mempunyai kewaspadaan yang tinggi terhadap musuh itu. Lihat komplot musuh ini di Asia Tenggara. Lapan tahun Perang Iran-Iraq ialah komplot mereka yang besar. Ia suatu tragedi yang besar bagi umat Islam. Sekarang di atas nama Perang terhadap Keganasan Antarabangsa mereka melancar suatu lagi komplot – yang memecahkan masyarakat-masyarakat Iraq dan Pakestin. “Pecah-pecah dan perintah” ialah taktik klasik mereka yang tidak pernah ditinggalkan, dan kita tetap lalai dan terpeangkap di dalamnya! Di bawah komplot ini, mereka juga hendak menyerang Iran dan Syria, dan dengan demikian, mereka harap akan mengubah peta dunia untuk memberikan mereka “Tatadunia Baru” di bawah penguasaan A.S.-Britain-Israel.

Quran mengajar kita, jika dua puak orang mukmin berperang, hendaklah kita damaikan mereka. Tetapi jika suatu puak menceroboh yang lain, kita diperintahkan berperang dengan puak itu hingga ia patuhi perintah Tuhan. (Lihat Quran, 49: 9)

Tentu saja ada kalangan munafik di antara kita: berpura-pura beriman, tetapi sebenarnya kafir. Kumpulan ini mesti didedahkan, kerana mereka merupakan musuh dalam selimut yang sangat berbahaya.

Pak Lah sebagai pemimpin parti dan Kerajaan memikul tanggungjawab berat memegang amanah bangsa Malaysia. Tiada amanah lain yang harus beliau tatah kecuali itu. Baru-baru ini kita dapat tahu bahawa sebuah Kumpulan Tempur Angkatan Laut Amerika Syarikat, sebagian dari tiga Kumpulan Tempur, berlabuh di Pelabuhan Kelang kita, nyata untuk mengheret kita ke dalam komplot perangnya terhadap Iran, sebuah anggota NAM dan OIC yang masih kita pengerusikan. Juga timbul berita bahawa Malaysia akan mengiktiraf negara kolonial Yahudi di Palestin dalam tempoh terdekat. Ini semua tanda-tanda yang tidak baik dan amat berbahaya kepada kedaulatan negara dan bangsa kita.

Pak Lah, UMNO dan bangsa Melayu sekarang menghadapi suatu masa yang amat genting. Hanya ketakwaan kepada Allah, kesetiaan kepada bangsa dan kejujuran yang tinggi yang boleh menyelamatkan kita dari kehancuran yang menanti.

6/25/06

Kematian

Setiap kehidupan yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Itu merupakan hakikat yang wajib dipercayai oleh setiap manusia. Soal cepat atau lambat hanya masa dan ketentuan Tuhan yang menetapkan. Mati menurut istilah rasmi merupakan saat di mana berpisahnya roh dengan jasad, dan menurut kepercayaan sejati muslim ia adalah waktu di mana malikil maut iaitu malaikat Izrail datang mengambil roh tersebut menemui Tuhan Yang Maha Mencipta. Sebab-sebab berlakunya kematian terlalu banyak. Mungkin akibat penyakit, peperangan, kemalangan, tua dan sebagainya. Setiap hari sekiranya kita sedar, akan ada peristiwa kematian yang kadang-kala merupakan kenalan, waris atau pun orang-orang awam. Pada tahun ini, penulis dikejutkan dengan beberapa peristiwa kematian yang melibatkan saudara, kenalan dan juga orang-orang terkenal di mata masyarakat.

Yang pertama ada lah seorang tua yang kaya dengan pengalaman hidup, berumur sekitar 80-an yang sempat memberikan beberapa kata nasihat kepada penulis dan isteri beberapa hari sebelum ajalnya tiba. Walaupun itu adalah pertemuan pertama dan terakhir dengan penulis, nasihat beliau terlalu ikhlas dan jujur seolah-olah tiada apa yang perlu disimpan lagi untuk di bawa ke alam barzakh kecuali amal soleh sebagai bekalan.

Yang kedua adalah saudara penulis sendiri berpangkat emak saudara. Walaupun tidak begitu rapat dengan beliau, terkesan dihati penulis semenjak kecil lagi budi baik dan keikhlasan beliau dalam memberikan bantuan tenaga dalam apa saja majlis yang melibatkan keluarga. Keikhlasan begini hanya didapati dari golongan pertengahan umur dan orang-orang tua yang insaf bahawa hidup ini adalah pinjaman semata.

Dan yang terakhir, adalah seorang yang penulis agung dari negara seberang yang terkenal dengan panggilan Bung Pram. Nama sebenar beliau adalah Pramoedya Anantha Toer, yang merupakan seorang sasterawan ulik, tahan dugaan, dan bersikap anti penjajah. Ulik kerana hampir sebahagian kehidupannya adalah dibalik jeriji besi akibat dikurung pemerintah yang tidak tertanggung dengan tulisannya dalam mengkritik pemerintah Indonesia pada waktu itu dizaman orde lama dan orde baru. Antara buah tangannya, yang terkenal adalah Tahanan di Pulau Buru, Rumah Kaca dan beratus-ratus lagi karya yang dibungkam sahaja oleh Suharto di zaman pemerintahannya. Penulis blog ini sendiri masih belum berkesempatan membaca karya-karya beliau, namun cerita-cerita dan kisah hidup Bung Pram sentiasa berlegar-legar dalam kepala yang menyatakan dengan sangat kuat bahawa, buku-buku beliau akan sampai juga ke tangan penulis satu hari nanti, insyallah.

Moga redha Allah ke atas mereka-mereka ini dalam menemui Tuhan Rabbul Alamin.

Chioww..

6/11/06

Big Day

Alhamdulillah..penulis blog ini menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Alah SWT kerana telah dapat menyempurnakan suatu sunnah Nabi SAW pada 28 May 2006. Alhamdulillah sekali lagi kerana majlis kenduri keraian dikedua-dua belah pihak dapat dijalankan dengan teratur, tersusun dan mengikut seperti apa yang telah dirancangkan tanpa sebarang masalah. Alhamdulliah, segala puji bagi Allah yang Maha Mengatur lagi Maha Mentadbir.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan karib penulis blog dan juga sahabat baik kepada ’partner’ tukang taip blog ini yang sudi datang bertandang ke majlis keraian kami baik di sebalah pihak perempuan mahu pun di pihak lelaki. Hadiah dan pemberian (banyak banget dong) anda sangat kami hargai dan budi baik anda hanya Allah sahaja lah yang dapat membalas. Terima kasih juga kepada semua mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menzahirkan majlis perkahwinan kami. Kepada ibu bapa penulis Puan Masitah Bt Sulaiman dan Aziz B Jusoh serta kedua ibu bapa mertua penulis Haji Mohd Shah Bin Hussein dan Hajjah Norsimah bt Hj Habib, hanya Allah jua lah yang mengetahui betapa rasa syukurnya tukang tulis blog ini di atas pengorbanan anda dalam merealisasikan majlis walimah yang penuh berkat dan bermakna ini. Mudah mudahan limpah kurnia pemberian Allah jua lah yang dapat membalas segala budi dan jasa anda. Alhamdulillah!!

Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku, rahmati dan peliharalah kedua mereka, sebagaimana mereka menjaga ku semasa aku kecil. Ameen!!

Thanks folks!!!