3 Julai 2026, Hari Pertama
2026 telah melewati setengah tahun. Apa yang berlaku selama 6 bulan lepas sudah menjadi sejarah. Apa yang boleh diperbetulkan, mudah-mudahan dapt diperbetulkan. Yang pasti, semuanya telah menjadi kenangan. Kita akan melalui perjalanan hidup tahun 2026 enam bulan lagi ke hadapan sebelum 2026 menutup tirai. Begitulah saban tahun hari berganti hari, masa berganti masa. Begitulah kehidupan.
Saya mengemaskini blog lama ini dari St. Johns, Newfoundladn & Labrador, dari Timur Laut Kanada.
Perjalanan kali ini bertujuan menemani isteri yang mengikuti konferen https://mun.jotform.com/252745034699972 di Memorial University, NL. Kami akan menghabiskan masa selama lebih kurang seminggu bermula 3 Julai.
Perjalanan dari KLIA ke St. Johns mengambil masa kira-kira 25 jam tidak termasuk transit di Dubai International Airport dan Montreal International Airport. Penerbangan dari Montreal ke sini, mengambil masa kira-kira satu jam setengah menggunakan pesawat kecil Air Canada untuk perjalanan domestik.
Seputar MundarMandir
Hidup adalah suatu perjalanan mundar mandir di dunia ini sebelum kita dijemput pulang oleh 'Dia' ke 'sana' entah esok, lusa atau sebentar lagi.
7/5/26
Bermusafir di Musim Panas ke St. John's Newfoundland & Labrador
6/8/26
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026, PBAKL/KLIBF yang berlansung sejak 29 mei-7 Jun 2026 telah berakhir.
Saya mengambil kesempatan mengunjunginya sebanyaktiga kali berlainan hari. Pertama sebab ada tugasan sebagai moderator membicarakan buku terbaru tulisan Prof Dato Dr Roslan Abd Syukor (UKM) mengenai kembara beliau mengelilingi dunia. Bicara buku tersebut berlansung di Pentas Utama PBAKL. saya kira ia satu penghormatan oleh Penerbit UKM dan pengarang yang menjemput saya sebagai moderator di pentas besar tersebut.
Kali kedua dan ketiga pergi atas kapasiti peribadi yang memang gemarkan buku dan bahan bacaan, apatah lagi ketika ada pesta buku bersaiz 'gergasi' seperi PBAKL begini.
Banyak catatan yang boleh ditulis, namun saya ingin mencatat secara ringkas sahaja dan memberi pujian kepada pasukan penganjur yang saban tahun sentiasa bertambah baik walaupun masih ada kekurangan. Perkara biasa dalam setiap penganjuran.
reruai antarabangsa seperi World Scientific Ltd. yang menjadi kegemaran saya sejak sekian lama nampaknya tidak mengambil bahagian kali ini. Tidak mengapalah. Mungkin ada pertimbangan perniagaan mereka tersendiri.
Apa-apa pun syabas dan PBAKL perlu terus diadakan sampai bila-bila pun.
Buku fizikal tidak akan mati!




6/4/26
Kembali Mencatat bagi 'Melawan' Pengaruh Kecerdasan Buatan (AI)
AI (Kecerdasan Buatan) kini terlalu mendominasi dalam sebahagian aspek kehidupan manusia. Sedikit sebanyak ia menganggu tumpuan dan kemahiran. Walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang sepenuhnya teruk.
Cuma secara peribadi, ia agak menganggu kemahiran dalam aspek penulisan, tumpuan fokus, sifat tergesa-gesa dan kurang cermat.
Jadi saya ambil cabaran untuk menyeimbangkan pengalaman dan kemahiran bersama-sama dengan kemajuan AI dan cuba beradaptasi dengannya.
8/13/15
Ramai Bertanya..
Oh ya, aku baru sahaja mengemaskini CV. Dalam ni ada sedikit aktiviti profesional dan semi-profesional yang aku update. Bahagian Popular Writting masih kurang lengkap. Aku menggalakkan semua orang mengemaskini CV masing-masing untuk melihat kembali apa kerja-kerja signifikan yang pernah kita lakukan dalam mendapatkan rezeki Tuhan yang maha luas ini. Tak perlu segan dengan apa sahaja kerja kita, asal halal.
10/17/14
Realiti Hidup
"Ramai merungut tidak mampu membeli rumah kerana harga rumah terlalu mahal. Bapa beliau, 30 tahun lalu juga merungut apabila membeli rumah pertama yang mahal pada harga 36K waktu itu. Beliau sendiri membeli rumah pertama berharga 250K pada tahun 1990an dan juga merungut harga rumah yang mahal. Terkini pun harga rumah semakin mahal dan tetap tidak turun-turun.
Realitinya pembeli rumah akan berhutang berpuluh-puluh tahun dan tetap merungut sampai bila-bila apabila mengenangkan hutang yang terpaksa dibayar.
Saya sendiri pun membeli rumah pertama dengan harga 180K pada tahun 2008. Memang mahal!
Jadi masalah harga rumah tidak akan selesai. Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menurunkan harga rumah. Tidak banyak yang kita boleh lakukan untuk membeli rumah yang murah.
Jadi nasihat beliau ialah kepada generasi baru yang ingin memiliki rumah (yang semakin mahal, mahal dan mahal) ialah
Membuat perancangan teliti sejak dari awal. Usaha sungguh-sungguh mengubah nasib diri. Memang susah.Keluarga kita terdahulu lagi susah berbanding kita pada hari ini. Hinggakan, ada di kalangan keluarga kita yang masih belum mampu memiliki rumah sendiri. Inilah realiti hidup yang pahit dan terpaksa ditelan."
Nota pencatat - Sentiasa berfikir dan bertindak secara kreatif untuk meningkatkan taraf hidup. Jangan berasa selesa dengan keadaan yang dimiliki sekarang.
9/2/14
Melihat catatan-catatan lama
Antara kenangan dan catatan yang menerpa minda ialah kedai buku yang dilawati sewaktu di Montreal. Salah satunya ialah kedai buku pertama yang saya jejaki di kawasan kediaman sekitar hujung tahun 2008 dahulu di Verdun. kedai tersebut ialah La Librarie De Verdun.
Saya kenal benar pemilik kedai buku ini. Kathy dan ibunya yang sudah agak berusia. Baru-baru ini, sekitar bulan April saya berpeluang kembali ke Montreal. Antara yang saya sempat lawati ialah kedai buku ini. Sayangnya ia sudah ditutup. Kedainya tinggal kosong dan tidak berpenghuni lagi. Agak sedih mengenangkan kedai buku nan satu ini, kerana ia meninggalkan banyak nostalgia saya sewaktu mendiami kejiranan Verdun selama 4 tahun 6 bulan. Di sinilah saya membeli buku pertama koleksi Asimov. Di sini jugalah saya membelek dan terus membelek buku ditemani sambil berborak dengan Kathy. Paling meninggalkan kesan, ialah kedai buku ini bersetentang dengan tempat jagaan kanak-kanak di mana puteri sulung saya ditinggalkan, sementara saya berlari mengejar Metro ke tempat kerja. 4 musim di selama 4 tahun 6 bulan di sini, tidak pernah gagal saya melintasi kedai buku ini walaupun tidak menjengah di dalamnya. Cukuplah melihat buku-buku terpakai yang dipamerkan dirak kaca di hadapan kedai. Ia sudah cukup membahagiakan!
Kunjungan kali kedua pada April 2014, agak sedih dan terkilan kerana La Librarie De Verdun sudah tidak wujud lagi. Saya berhasrat untuk menghadiahkan sebuah buku yang memuatkan tulisan saya berjudul 'Dunia Buku Montreal' di dalam 'Kapsul Nurani'. Namun agak hampa!
7/12/14
Kenangan Ramadan
"Are you doing Ramadhan?'

.jpeg)







