
Date: 4th - 13th April 2008Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 10.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Hidup adalah suatu perjalanan mundar mandir di dunia ini sebelum kita dijemput pulang oleh 'Dia' ke 'sana' entah esok, lusa atau sebentar lagi.
Buku ini termasuk dalam kategori 'mahal' kerana kualiti kertas, gambar dan isu-isu yang diketengahkan. Diterbitkan oleh TIME dan diberi percuma sekiranya melanggan majalah tersohor itu selama setahun.Peningkatan kadar pembaca dan jualan akhbar menurut pemerhatian tukang catat blog selepas PRU12 baru-baru ini menunjukkan peningkatan. Tidak ada data dan petunjuk yang tepat untuk mengesahkan kenyataan ini. Sekali lagi, ia cuma pemerhatian rambang!! Apa tidaknya, pada 9 Mac 2008 sehari selepas proses pengundian dijalankan, akhbar-akhbar utama di seluruh daerah kelahiran penulis habis sebelum pukul 9 pagi. Selepas keputusan penuh yang mengejutkan diumumkan, sekali lagi akhbar utama laku macam goreng pisang panas yang sedap. Kebanyakan rakyat Malaysia begitu tekun mengikuti perkembangan terkini situasi politik di Malaysia. Penduduk Selangor ingin mengetahui perkembangan rakan dan saudara mereka di Perak. Rakyat Johor pula mugkin berminat untuk mendapatkan maklumat dari P.Pinang misalnya. Rata-rata kebanyakan rakyat Malaysia mula menunjukkan minat untuk membaca akhbar terutamanya dalam politik. Terbaru, sabtu lepas, makcik penjual sayur di Pasar Tani pekan Kuala Pilah mungkin kehilangan seorang pelanggan akibat terlalu leka dengan akhbar Utusan Malaysia..sehari sebelum itu, seorang ahli akademik memberitahu bahawa isterinya juga telah mula asyik dengan akhbar untuk mengetahui kisah-kisah politik terutamanya selepas pilihanraya umum ke12 baru baru ini.
Ini suatu permulaan yang baik dalam usaha untuk menggembeleng semangat cintakan membaca dan menjadikan ia sebagai suatu gaya hidup. Tapi janganlah dihadkan pembacaan hanya dalam politik. Hidup ini terlalu singkat untuk kita tenggelam dalam keasyikan berpolitik!!



Mungkin orang yang paling terkejut dengan keputusan PRU12 baru-baru ini ialah PM dan kalangan menteri kabinet. Hampir keseluruhan penganalisis politik dan kebanyakan blogger menyalahkan kepimpinan Pak Lah yang hampir meranapkan BN dalam PRU kali ini. Secara peribadi ( diulangi..peribadi) saya dapat merumuskan bahawa kegagalan pemimpin utama kita ialah ‘kurang membaca’. Bukan sahaja membaca bahan bertulisan, tapi juga membaca gerak geri dan persekitaran yang mempengaruhi tindak tanduk beliau dalam membuat keputusan. Lemah! Kenapa lemah? Ya, berbalik kepada soal kurang membaca.Mungkin di kalangan akademia sudah boleh menjalankan kajian tabiat membaca bekas-bekas PM Malaysia dan juga kaitannya dengan corak pemerintahan negara. Bagaimana kegilaan membaca & menulis Tun Dr Mahathir, Tun Hussein Onn, Tun Razak dan juga Tunku.. Paklah juga mungkin!
Khutbah jumaat bau-baru ini disampaikan oleh pegawai agama di Pusat Islam UKM Ust Khuzairi yang juga kenalan penulis. Beliau terkenal dengan
Jelas sudah bahawa 3 perkara pokok tersebut merupakan tunjang kekuatan umat islam.
Namun begitu, khatib secara bijak dan cermat mengajak sidang pendengar khutbah supaya merenung situasi semasa umat islam berbanding ajaran yang terkandung di dalam islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad lebih 1500 tahun dahulu. Khatib mengingatkan bahawa realiti semasa umat islam sekarang semakin jauh dan meruntuh dengan cepat baik dari segi akidah, syariah dan akhlak. Majoriti kehidupan umat isalm sekarang semakin tersasar dari ajaran islam dan seruan Al-Quran. Beliau juga memberikan contoh-contoh terkini kebejatan moral dan kelakuan orang islam yang saban hari dilihat semakin terkebelakang berbanding umat lain.
p/s. Khutbah sebegini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak daripada kalangan pemimpin sehinggalah golongan yang terbiar dalam hierarki masyarakat.


Sesekali mendengar khutbah yang mendatangkan kesan di hati, terasa nikmat yang susah dapat digambarkan dengan kata-kata. Kebetulan pula isi khutbah yang berkisar tentang kelemahan umat islam dari dalam dan luar itu pernah di baca oleh penulis beberapa tahun dahulu dalam buku ‘Islam dan Tenaga-tenaga yang Terbiar ’ yang ditulis oleh Muhammad bin Al-Ghazali. Merenung kembali apa yang diperkatakan oleh khatib, terasa begitu kerdil diri ini di hadapan Allah Tuhan Sekelian Alam. Betapa nikmat-nikmat Tuhan yang dikurniakan selama ini jarang disyukuri. Mudah-mudahan kesempatan hidup yang sementara ini akan dapat dimanfaatkan sebaik-baik mungkin dalam menjalani kehidupan..

Tarikh: 15 Julai 2008 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM
Ahli- ahli panel terdiri dari
Prof. Dr. Che Husna Azhari (Pengarah ATMA),
Prof. Dato' Dr. Abdul Razak Salleh (Pusat Pengajian Sains dan Matematik, FST),
Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin (Dekan Fakulti Pendidikan),
Prof. Dr. Abdul Latif Samian(Pengarah Pusat Pengajian Umum) dan
Moderator adalah
Prof. Dr. Mohd. Yusof Haji Othman (Pengarah HADHARI).
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-89214168 atau 03-89216991.
Semua dijemput hadir.
1. Daripada Mikro kepada Nano ( Dewan Kosmik, April 2007 )
2. Keajaiban Nano Tiub Karbon ( Dewan Kosmik Mei 2007)
3. Teknologi MEMS, Mesin Mikro Berkuasa Tinggi ( Dewan Kosmik Jun 2007)
4. Mikroskop dan Teknologi Nano ( Dewan Kosmik Julai 2007)
5. Lab on Chip, Makmal Sekecil Syiling (Dewan Kosmik Ogos 2007)
6. Pengecaman Virus dengan Teknologi Nano (Dewan Kosmik September 2007)
7. Bagaimana Peranti Semikonduktor Bermula (Dewan Kosmik Oktober 2007)
8. Komputer dan Nanoteknologi (Dewan Kosmik November 2007)
9. Nanoteknologi:Inspirasi dari Alam (Dewan Kosmik Disember 2007)