Di akhir-akhir musim luruh, pemandangan amat cantik. Dua hari lepas salji sudah mula turun. Tapi tidak berpanjangan..sempat juga melihat bagaimana rupa salji..hehe!
Hujung bulan Oktober juga ada sambutan Halloween..Di kawasan kediaman kami banyak rumah-rumah dihiasi dengan labu-labu yang berukir dan rumah di dekorasi dengan gaya-gaya 'gothic'. Sejak dari petang tadi sepanjang jalan di Verdun kanak-kana dan orang dewasa memakai pakaian Halloween dan berjalan sekitar kawasan perumahan mengutip gula-gula..Nasib baik mereka tidak datang ke rumah kami. Kalau tidak meraung satu kejiranan lah si kecil..heheh!
Hari ini cuaca amat baik dengan pancaran matahari tetapi tetap sejuk seperti biasa. peluang untuk mengambil gambar-gambar menarik tidak dilepaskan!
Dengan hanya menggunakan Nikon Coolpix 210, hasilnya seperti di bawah!
Hari minggu lepas, kami ambil masa sedikit ke Old Port Montreal. Tempat bersejarah yang masih dikekalkan dengan rekabentuk lama dan warisan-warisan terdahulu Montreal. Sebuah tempat yang amat cantik..Tapi kami kesejukan dan tidak sempat melihat pemandangan sekitar. Sedikit sahaj gambar yang dapat di rakamkan..Insyaallah kami akan ke sini lagi!
Di kalangan pelajar antarabangsa dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Timur Tengah dan lain-lain tempat nama Auntie Sabariah memang terkenal. Selepas sebulan lebih kami berada di sini, hari inilah baru ada kesempatan mengunjungi beliau yang sentiasa sibuk dengan tetamu yang keluar masuk mendapatkan khidmat nasihat. Tetapi hari ini, beliau menghabiskan masa hampir satu hari dengan kami, makan tengah hari, bercerita macam-macam perkara, melawak, berkongsi pengalaman dan menghadiahkan kami dengan macam-macam barang keperluan yang sesetengahnya boleh tahan sampai 4-5 tahun (cth : pakaian panas, selimut dan sebagainya). Paling membuatkan kami terharu ialah beliau dan suami sanggup menghantar kami ke rumah kami tinggal nun di Verdun dan sempat singgah di Mont Royal menikmati suasana malam dan kerlipan lampu yang sangat cantik menerangi hampir sebahagian 'downtown' dari atas bukit yang terkenal di Montreal. Ada cerita menarik mengenai tempat ini. Tunggu next entry! Suami beliau menghabiskan masa bercerita tentang cuaca, hobi, movie dan pelbagai perkara lain yang menghiburkan di selangi dengan beberapa ayat dalam bahasa melayu yang agak baik. Kepada pelajar-pelajar Malaysia di Montreal, Auntie Sabariah adalah tempat melepaskan rindu kepada ibu dan ayah mereka di Malaysia dan menjadi rujukan setiap masalah yang dihadapi.
Kepada Auntie Sabariah dan En . Ali yang menetap , kami memohon kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah di dalam setiap perjalanan hidup di dunia ini. Semoga Allah merahmati atas segala budi baik dan sifat pemurah auntie sekeluarga.
p/s: Auntie Sabariah berkahwin dengan warga tempatan Montreal, En. Ali dan menetap di sini selama lebih 25 tahun. Beliau menjalankan kerja-kerja kebajikan dan hal ehwal kemaslahatan umat islam di bumi Montreal.
Baru sahaja baca blog 'bos' saya di UKM dulu tentang tiadanya liputan akhbar berbahasa melayu mengenai Nanotech 2008 yang diadakan di PWTC bermula 14-16 Oktober baru-baru ini. Amat menyedihkan apabila program sains dan teknologi yang begitu besar di Malaysia itu hanya dilaporkan oleh akhbar berbahasa cina. Bagaimana agaknya bangsa kita nak menunjukkan minat tentang S&T ini kalau akhbar utama tidak memainkan peranan
Ada satu hobi warga Montreal yang saya perasan sejak tinggal di sini ialah membela anjing. Pelbagai jenis dan rupa anjing mereka. Ada yang kelihatan ganas dan garang dan juga yang kecil molek. Berbulu dan juga licin. Pendek kata macam-macam jenis lah..pagi dan petang dan kadang-kadang malam ada saja anjing yang dibawa berjalan. Satu tabiat anjing (juga binatang lain) yang semua orang tidak suka ialah membuang najis merata-rata. Tetapi satu sikap mulia (atau pelik) yang boleh dipuji kepada pemilik anjing ini ialah, mereka akan memungut najis tersebut menggunakan karung plastik yang sentiasa ada dalam poket mereka. Sekali pandang macam jijik pula..
Menurut undang-undang di Kanada, pemilik boleh dikenakan saman sekiranya najis yang dibuang oleh anjing mereka dibiarkan bersepah-sepah..hormat betul mereka pada undang-undang walaupun kebanyakan mereka tidak beragama!
Jam di Montreal pada waktu ini menunjukkan angka 2.21 pagi. Suhu malam ini pun taklah sesejuk seperti malam-malam sebelumnya. Sekitar 12-15 darjah Celcius.!Saya masih lagi mengadap 3 perenggan artikel terbaru yang ditulis semalam untuk dihantar ke Dewan Kosmik. 'Dead-line'nya pun dah tak lama . Sewaktu di Malaysia dahulu, rasanya tidaklah sesukar begini untuk menyiapkan 3 muka surat penuh untuk satu artikel dalam masa semalaman. Semua idea sudah pun berkumpul, cuma tangan masih lagi belum 'bergetar' untuk sudahkan beberapa perenggan lagi. Di masa-masa sukar begini, mulalah saya teringatkan buku-buku dan majalah yang ditinggalkan di Malaysia. Sebelum ini buku-buku Peter Cochraine, Bill Bryson, Dewan Masyarakat, Millenia Muslim dan lain-lain sentiasa menjadi teman semasa menulis. Sekarang tidak lagi.
Sambil-sambil meningkatkan semangat untuk menulis semula, saya melayari blog Rausyanfikir dan web Dr. Tuah..Melalui tulisan Rausyanfikir, seorang anak muda yang penuh dengan nafsu memburu ilmu saya mula bersemangat membelek-belek kembali buku lama ( 1962) A History of the Science karya Stephen F.Mason yang dibeli 2 minggu lepas. Sukar juga menghadam buku ini walupun hanya bekisarkan sejarah penerokaan bidang sains..
Dari web Dr Tuah, juga saya mengambil sedikit aura motivasi dari beliau yang kelihatan tidak putus-putus dengan idea. Oh ya, buku-buku beliau banyak juga yang saya miliki..(Membina Imaginasi Cemerlang, Jangan Tidak-tidak, Nak ke Tak Nak)..tapi semuanya tersusun kemas di rak di Kuala Pilah...
Harapnya hujung minggu ini saya dapat menyiapkan sesuatu..Insyaallah
Ya Allah..berikanlah aku kekuatan
Nota: Alhamdulillah...rupanya mood bukan boleh dipaksa-paksa..kena lepak-lepak, ronda-ronda tengok gelagat manusia, tengok pemandangan..hirup udara segar..insyallah..mood boleh datang semula..hmm..artikel sudah siap dihantar kepada editor..harap diterima..Terima kasih.. hehe!
Majlis Iftar ramadan terakhir di kampus Mcgill University bersama-rakan-rakan dari Malaysia dan Singapura
Bergambar selepas takbir aidilfitri
Khutbah aidilfitri di Masjid Abu Hurairah, di Verdun
Manisan yang disediakan di masjid untuk orang ramai selepas solat sunat aidilfitri
Sambutan hari raya di McGill University, di McDonald Campus
Terima kasih kepada Mariam selaku tuan rumah rumah terbuka (yang akan pulang ke Malaysia 11 Oktober nanti), auntie Sabariah, Azraf dan rakan-rakan dari Malaysia & Singapore dll..semoga ikatan persahabatan terus kekal dan mantap..Selamat segalanya!
Setelah sebulan berada di Verdun, Montreal, kami sudah berjalan dan meninjau di kawasan sekitar bandar dan perumahan di sini. Satu yang saya perasan selepas berada di sini ialah mengenai masyarakat Montreal tentang kesedaran membaca. Saya kira, tabiat ini sudah pun melangkaui tahap kesedaran, barangkali lebih tepat diungkapkan sebagai kegilaan (biblioholism) membaca. Di mana-mana sahaja saya pergi, di dalam Metro (keretapi laju bawah tanah), sambil berjalan, sambil merokok, sambil makan, di anjung rumah dan di taman-taman kelihatan mereka memegang dan membelek buku, majalah atau suratkhabar.
Di kawasan kediaman kami, terdapat 2 buah kedai buku yang agak terkenal menurut warga tempatan. Yang pertama ialah kedai buku terpakai 'Bilingual Bookstore' (seakan-akan Payless Bookstore di Malaysia) dan yang kedua kedai yang agak mewah menjual buku-buku berbahasa Perancis yang diberi nama La Librarie De Verdun. Di sini boleh dikatakan kesemua buku-buku yang dijual berbahasa Perancis dan hampir separuh dalam kedai adalah buku-buku Bahasa Inggeris yang diterjemahkan. Saya lebih berminat dengan kedai buku yang pertama disebabkan harganya jauh lebih murah, berbahasa inggeris dan banyak pilihan yang menarik. Kedainya kecil dan padat di samping penjaganya (dalam lingkaran umur 60 an) yang saya kira tahu serba serbi mengenai buku-buku yang dijualnya. Sebut sahaja nama pengarang dan genre buku yang dicari, pantas sahaja beliau menunjukkan rak.
Sepanjang berada di kedai buku ini, pengunjung terutamanya warga tua tidak putus putus datang silih berganti. Hebat warga tua mereka!
Buat sementara waktu ini, sepanjang berada di rumah sambil-sambil menikmati musim luruh yang dingin, 3 buah buku dibawah menjadi teman.
Ramadhan sudah berada di penghujung. Kekalkan semangat ramadhan! Salam Aidilfitri dari kami kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan para 'bloggers' di Malaysia serta di mana jua pun berada. Semoga sentiasa selamat, murah rezeki dan dilindungi Allah sentiasa.
Mohd Faizal Aziz, Nurisya Mohd Shah & Ain Edleen, Montreal, Canada
Saya membaca sebuah blog seorang warganegara Malaysia berbangsa cina yang menulis kesedihan beliau tentang tuduhan liar yang dilemparkan kepada kaum cina terutamanya di Malaysia seperti bangsa pendatang, warga tidak berterima kasih, bangsa syaitan yang tidak boleh mendengar azan dan menyuruh pulang ke Tanah Besar Cina. Lebih berat lagi tuduhan ini bukanlah dilakukan oleh penagih dadah, mat rempit, pelacur, pengangkang dan pengemis tetapi diluahkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh. Apa reaksi kita sebagai warganegara yang waras dan boleh berfikir secara sihat. Saya tidak lihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang sihat dan boleh dibiarkan berlarutan. Kita sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang unik dan telah termaktub kemas di dalam perlembagaan. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Siam dan lain-lain adalah anak Malaysia dan anak semua bangsa. Tidak perlu kita bertelagah tentang isu-isu hak ketuanan melayu dan sebagainya. Terlalu sempit hidup ini kalau hanya difokuskan tentang perkara tersebut.Kita anak semua bangsa. Seharusnya kita berbaik sangka antara satu sama lain. Janganlah disebabkan pembacaan akhbar kita yang sempit dan terpengaruh dengan paparan berita TV yang belum tentu tepat kita sudah melenting tak bertempat lantas menuduh orang itu begitu dan begini.
Kita sedar sebagai kaum melayu, kita masih ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan dan alam pemikiran yang matang. Jadi apa yang perlu kita buat. Belajarlah dengan mereka yang sudah di hadapan. Janganlah bodoh sombong! Jangan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, pentingkan diri sendiri! Buang jauh-jauh hasad dengki. Ini tidak, lihat sahaja melayu yang berjaya, macam-macam tuduhan dilemparkan. Ada sahaja bangsa melayu meningkat naik, rasuah lah tuh, bodek la tuh, dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan pendidikan. Kalau senior bangsa lain sibuk membahagi-bahagikan nota untuk freshies, bangsa kita sibuk me’raging junior melalak pada waktu dinihari atas alasan orientasi pelajar baru. Siapa yang salah?
Berbalik kepada persoalan asas sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bersaing secara waras dan sihat dalam segenap lapangan. Paradigma dan pola berfikir cara baru bangsa kita kalau ingin terkehadapan, mestilah dimulakan dengan membuang sifat-sifat negatif yang sejak zaman-berzaman menghantui kita. Hapuskan pemikiran ‘inferior’ berdasarkan kefahaman kaum dan bangsa yang sempit. Kita anak semua bangsa. Bangsa Malaysia! Tidak ada hak ketuanan Melayu. Yang ada hak ketuanan Islam! Dan islam itu bukan milik melayu sahaja! Cina, India, Murut, Iban, Kadazan dan bangsa siam juga ramai yang beragama islam dan kadang-kadang lebih baik dari islam kaum melayu !
Buka Google Page hari ni, keluar logo google yang melambangkan musim gugur baru bermula. Di luar rumah kelihatan daun-daun pokok sudah mula kemerah-merahan. Masih banyak yang hijau..hehe! Langit membiru, cuaca sejuk dan berangin...hmm...
Malam tadi berbuka dengan beberapa pelajar dari Malaysia dan Singapore di rumah.
Hampir sebulan berada di sini tiba-tiba rasa nak makan ikan . Di kawaan kediaman kami tak jumpa ikan segar di jual. Yang ada hanya daging dan ayam halal yang dijual oleh muslim Algeria.Dalam pukul 11 pagi kami ke Atwater Market. MasyaAllah! di sini macam-macam sayuran, buah-buahan, roti, ikan, daging ( x halal rasanya) dijual. Hampir 3 jam kami pusing-pusing di sini melihat pelbagai barangan yang dijual. Kaki dah penat, masih banyak lagi yang belum dilawati..cukup dululah setakat ni. Hasilnya:
Kami kini berada jauh di perantauan di bumi Canada atau lebih tepat di Quebec. Bahasa utama warga Quebec ialah Perancis. Di Kanada 3 kawasan yang berbahasa Perancis ialah Quebec, Montreal dan North Ontario. Kenapa kawasan ini? Kerana Perancis telah menjajah Kanada pada abad ke-15 di kawasan yang dikenali dengan Sable Island. Penjajah Perancis yang diketuai oleh Pierre Du Guast telah menguasai beberapa bahagian lain yang dikenali dengan New France. Oleh itu, kekal lah beberapa bahagian ini berbahasa Perancis sehingga sekarang termasuk di Quebec.
Namun begitu, Bahasa Inggeris boleh juga digunakan. Tak ada masalah! Cuma kita akan lebih dihormati dan mereka sangat gembira sekiranya kita dapat menggunakan beberapa perkataan asas dalam bahasa Perancis ketika berkomunikasi. Contohnya ,
bonjour/salut = hello sil vaus plait = please merci = thank you je ne comprends pas = i dont understand parlez-vouz l'anglais? = do you speak english?
dan sebagainya.
Bendera Kanada
Bendera Quebec
Serba sedikit tentang kami di Canada..Insyaallah 4 tahun!
Inilah kawasan kami tinggal. 408 4th Avenue, VerdunQuebec, H4G 2Y2, Canada. 5 minit jalan kaki ke stesen Metro, 5minit jalan kaki juga ke kedai-kedai berhampiran di kiri dan kanan kawasan perumahan kami. Hampir keseluruhan barangan keperluan terdapat di sini termasuk kedai daging halal milik warga Algeria. Kebanyakan kedai-kedai runcit kecil-kecilan dimiliki oleh orang-orang asia seperti cina dan korea. Oh ya masjid pun selang beberapa buah dari apartment kami sewa. Tapi masjid di sini bukanlah masjid seperti yang terdapat di Negara-negara muslim yang lain. Sebuah apartment di sewa dan diletak kertas A4 bertulis Masjid Abu Hurairah. Sejak seminggu lalu aku sendiri belum pernah masuk dalam masjid ini lagi. Pernah 3 malam lepas selepas berbuka kononnya nak berterawih dan berkenal-kenalan dengan saudara seislam di sana, tapi pukul 830 masih tutup. So batal sajalah niat. Waktu siang, masjid ini tutup kecuali pada hari minggu diorang hantar anak-anak belajar agama menurut kata pemandu teksi kami yang pertama di bandar Verdun. Abdul Aziz juga warga Algeria yang sudah 13 tahun menetap di Quebec.
Isteri setiap pagi pergi ke kelas di Concordia yang terletak di Downtown Montreal. Sebuah kawasan metropolitan yang memiliki segala-galanya. Jarak perjalanan dari Verdun ke sana sukar dianggarkan. Menaiki metro ia akan menempuh lebih kurang 5 stesen dalam masa kurang dari 10 minit.
Selain masjid dan kedai-kedai, terdapat juga gereja yang setiap hari locengnya berbunyi. Kalau hari hujan bunyi locengnya lagi kerap. Aku sendiri pun tak faham kenapa. Mungkin bergoyang disebabkan angin kot…hehe.
Sejak 2 minggu lepas berada di bumi Canada, atau lebih tepat di 408 4th Av, Verdun Quebec City, banyak pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang perjalanan. Saya masih lagi mencari-cari masa yang sesuai untuk merakamkan pengalaman tersebut di dalam blog mundamandir atau di mana sahaja yang dirasakan perlu.
Paling mengesankan khabar berita dari Malaysia bahawa A. Samad Ismail atau lebih dikenali dengan Pak Samad meninggal dunia pada 4 september yang lalu. Al-Fatihah untuk allahyarham Pak Samad.
Sebelum berangkat ke pada 1 september yang lalu, saya ada membeli beberapa buah buku tulisan Pak Samad antaranya Tan Sri A Samad Ismail Menulis, Patah Sayap Terbang Jua dan Kali Panjang Sejengkal. Selain itu, saya juga memiliki 2 buah lagi buku berkenaan diri wartawan ulung tersebut berjudul Memoir A Samad Ismail di Singapura dan A Samad Ismail dalam Dunia Kewartaanan. Dalam kesibukan menguruskan dokumen-dokumen perjalanan jauh ke daerah asing di bumi Canada ini, hanya buku pertama yang sempat dihabiskan dengan. Buku kedua dan ketiga hanya beberapa muka sahaja baru diusik.
Sungguh, saya rindukan buku-buku saya tersebut yang kini diam di Kg Ampang Tinggi Kuala Pilah. Sabar wahai khazanahku yang paling bernilai. 4 tahun lagi kita akan bersua kembali..
Verdun, Quebec
p/s: Sila lawati laman fotopages untuk gambar-gambar terkini