www.majalahsains.com

2/28/13

Hari Akhir di rumah 408.

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di rumah bernombor 408, 4th ave, Verdun Montreal. Esok pada 1 Mac kami akan terbang pulang ke tanahair Malaysia. Dari bulan Ogos 2008 hingga 28 Februari 2013, kami belum pernah berpindah. Penduduk Montreal(Quebec) terkenal dengan warganya yang suka berpindah randah, hinggakan satu hari dalam setahun diisytiharkan sebagai sebagai 'Moving day' yang jatuh pada 1 Julai setiap tahun bertepatan dengan Canada Day.

Bagi kami di sini adalah kediaman sementara yang cukup menarik. 2 minit jalan kaki ke Pusat Jagaan Kanak-kanak )Daycare), 5 minit ke sekolah, 5 minit ke stesen Metro, kemudahan bas yang superb, kedai-kedai runcit dan pasaraya yang sangat convenience, beberapa taman permainan dan paling menyeronokkan berdekatan pula dengan satu-satunya sungai yang menjadi nadi kehidupan warga Montreal iaitu Sungai St Lawrence.

Kejiranan pula boleh dipuji. Tidak ada masalah besar yang berlaku melainkan sedikit gangguan bunyi muzik anak-anak muda di penghujung kami mendiami tempat ini ini.

Entry-entry blog Tukang Catat selepas ini banyak berkisar mengenai pengalaman kami di sini.

Jumpa lagi!

8 comments:

Wan Anie said...

Selamat Pulang ke tanahair tercinta!

Amin Hafizy said...

selamat kembali ke Malaysia...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abqori said...

Selamat kembali Tuan.

Dan semoga Tuan akan terus menulis lagi. Sejak dulu, suka saya membacanya. Cuma apabila zaman blog bertukar ke zaman FB, maka agak jarang lagi masuk ke sini.

Teruskan mencatat ya. ;)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.