Pernah dahulu saya tulis tentang nira kelapa dan sedikit sebanyak proses penghasilan gula melaka dari nira tersebut. Kali ini saya ingin
berkongsi keunikan pokok maple dan penghasilan sirap maple yang
diperolehi dari pokoknya. Ia juga merupakan keunikan dan keaslian produk
Quebec yang saya perhatikan sepanjang berada di sini. Rugi rasanya
kalau tidak ditulis pengalaman unik yang diperolehi yang tiada di
kawasan lain melainkan di bahagian Timur Canada (Quebec & Ontario)
dan sebahagian kawasan di New England (US).
Sirap maple dihasilkan dari cecair yang dikumpul dari pokok maple ketika musim bunga. Cecair tersebut merupakan sejenis kanji(gula) yang yang terkumpul di dalam batang pokok maple sebagai bekalan makanan sewaktu musim sejuk. Tiba musim bunga, kanji tersebut bertukar menjadi cecair yang dikenali sebagai 'sap'. Proses pertukaran kanji kepada cecair merupakan satu anugerah alam ciptaan Maha Esa.
Di musim bunga, suhu pada waktu malam masih sejuk dan air diserap dari bumi oleh pokok maple. Manakala pada waktu siang, kesejukannya berkurangan akibat pancaran cahaya matahari dan peredaran bumi. Waktu siang yang panas ini menghasilkan tekanan yang akan menolak kembali cecair yang diserap ke pangkal batang. Cecair (sap) inilah yang di ambil dan dikumpul untuk menghasilkan sirap maple.
Kaedah pengambilan cecair ini juga unik. Sedikit lubang ditebuk dan ditadah menggunakan bekas khas. Tebukan dibatang pokok ini tidak merosakkan pokok. Proses ini dipanggil penuaian cecair maple. Selepas dituai dan dikumpulkan dalam jumlah tertentu, ia akan dihantar ke tempat pemprosesan untuk dimasak sehingga mencapai kepekatan tertentu. Dianggarkan 40 liter cecair maple yang terkumpul akan dimasak sehingga mencapai jumlah isipadu 1 liter. Setelah siap ia akan dibotolkan dan dijadikan perlbagai produk.
Melihat proses pembuatannya, tidak mustahil harga produk-produk dari maple sirap agak mahal dan terkawal. Tapi rasanya cukup enak! :-)

Pengumpulan cecair (sap) dari pokok maple di musim bunga
Corong khas direka untuk mengumpul cecair ke dalam bekas
Sirap maple siap dibotolkan
2 comments:
emmm... rindu nk minum air tuak...
Kt pasaraya ada ke syrup mapel ni...
Post a Comment