Mengkagumi seseorang dengan membuta tuli tanpa mengetahui perlakuan dan sifat-sifat sebenar dan terpuji yang dimiliki oleh orang itu adalah merugikan. Dalam kes ini kita (termasuk penulis) tidak dapat menyembunyikan kekaguman terhadap bekas pemimpin nombor satu di Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed sepanjang 22 tahun pentadbirannya walaupun terdapat juga kesalahan-kesalahan beliau yang mungkin sukar dimaafkan. Baru-baru ini penulis telah mendapatkan senaskhah buku berjudul Mahathir on Science and Technology ; A Commemorative Volume in Conjuction with the Conferment of the Honorary Degree of Doctor of Science. Buku ini merupakan sebuah kompilasi ucapan mantan Perdana Menteri
Hidup adalah suatu perjalanan mundar mandir di dunia ini sebelum kita dijemput pulang oleh 'Dia' ke 'sana' entah esok, lusa atau sebentar lagi.
8/20/07
Buah fikiran Tun M
8/14/07
8/12/07
Tunggu Teduh Dulu..FT
Menghabiskan novel melayu setebal 678 muka surat bukanlah sesuatu yang mudah jika dibandingkan dengan membaca majalah dan akhbar serta buku-buku lain. tapi itulah aktiviti yang dilakukan bila pulang bercuti di kampung ( Kuala Pilah) hujung minggu baru-baru ini selain melihat keletah anak yang semakin meningkat membesar. Karya Faisal Tehrani (FT)berjudul Tunggu Teduh Dulu (TTD)bukanlah novel pertama yang dibaca lahap oleh penulis. Beberapa novel lain terkesan di hati antaranya ialah Seorang Tua di Kaki Gunung, Karya Azizi Haji Abdullah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk, HAMKA, Senjakala ( lupa penulisnya..dibaca sewaktu berada disekolah rendah ) dan beberapa novel lain. TTD merupakan novel terbaru yang memberi kesan kepada penulis tentang latar penceritaan dan roh islam yang ditiup penulisnya. Kagum dengan bakat dan usaha gigih yang dimiliki oleh saudara FT dalam kajian serta
8/8/07
50 Tahun Kemerdekaan!
Malam tadi penulis menonton rancangan bual bicara “Debat Perdana” di TV1 yang dihoskan oleh Datuk Johan Jaafar. Dalam temubual selama sejam yang berkisar tentang perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum dan agama di Malaysia, penulis tertarik dengan komen serta hujah yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Dr Khoo Khay Kim dari UM.Apabila ditanya oleh pengerusi bagaimana beliau beliau memandang Islam di Malaysia dari perspektif bukan muslim, beliau menjawab islam di Malaysia tidak berusaha untuk memudahkan bukan islam untuk memahaminya. Di suatu sisi lain, pendekatan yang digunakan oleh kebanyakan orang islam, semakin menjauhkan golongan bukan islam untuk mendekatinya. Pandangan ini selaras dengan tulisan Mufti Perlis dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu bersamaan 5/8/2007 yang membicarakan perihal golongan muslim bila berhadapan dengan non muslim.
Tukang catat tidak mempunyai banyak komen, Cuma bila merujuk Al-Quran dalam surah Al-Kafirun, keseluruhan ayat sudah menjelaskan apakah sikap kita sebagai muslim bila berhadapan dengan bukan islam. Cuma jagalah tataterib dan akhlak murni seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi’in serta alim ulamak iaitu dakwah “bilhal” dengan penuh beradab. Dan kita tidak pernah memaksa bukan muslim memeluk agama suci sepanjang zaman ini. Sama-sama lah kita belajar dan bukan menuduh sebelah pihak. Jagalah perpaduan dan berilitizam untuk sama-sama menjaga keharmonian kaum yang telah kita kecapi sepanjang 50 Tahun Kemerdekaan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
7/30/07
Pameran dan Jualan Buku lagi..
Sabtu lalu singgah di gerai Ujanailmu dan beberapa gerai lain sempena pameran dan jualan buku bertempat di Foyer Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Niat di hati ingin bertemu si penulis Mencari Locus Standi, Puan Nisah Haron sebagai salam perkenalan dan ingin menanyakan beberapa soalan tentang karya dan hakcipta Tapi mungkin belum tiba masa yang sesuai. Namun begitu, En Shukri yang ramah pun sudah memadai untuk kali ini. Terima kasih En Shukri!!Sebelum menyelongkar buku-buku di bahagian pameran di Pintu Utama Perpustakaan
1. Setitis Embun, Semarak Api ( Suka Duka dan Pahit Manis Shanon Ahmad )
2. Islam di Tanah Melayu Abad ke -19, (Suntingan Farid Mat Zain)
3. Tunggu Teduh Dahulu , Faisal Tehrani..( 2 minggu lepas 1515 [KOMBAT], sudah berada di meja bacaan )..karya menarik dari pengarang muda berjiwa islamik..
Sekarang: sedang meladeni Shahnon Ahmad, Faisal Tehrani, Bill Bryson, Scientific American July dan cuba menterjemahkan Syarahan Umum Profesor Jung Dok Lee, berjudul Semiconductor and Nanotechnology Deveopment in Korea ke dalam bahasa melayu. Semoga mendapat kekuatan!!
7/27/07
Isi khutbah 27/7/2007
Moralnya: Marilah kita menjadi "manusia" yang sebenar tanpa berlindung di balik bayang dan tenggelam dalam angan-angan sementara umur masih tersisa.
7/26/07
Rehat sejenak
Marilah kita sama-sama membaca dan memahami Al-Quran..(pesanan untuk diri dan keluarga)
7/9/07
3 Dimensi Masa
Masa lalu adalah sejarah. Masa kini adalah kehidupan yang kita “sedang” lalui. Masa depan adalah kehidupan yang “akan” kita tempuhi. Dalam meniti kehidupan yang hari ini, banyak masa lalu yang boleh dijadikan iktibar dan pedoman. Begitu juga pembaikan berterusan di masa kini adalah sebagai langkah atau jalan selamat untuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Tiga dimensi masa ini lah yang menemukan pelbagai ragam kehidupan yang melingkari sekitar kita sebagai makhluk Tuhan.
Namun begitu, pertentangan batin dan bujukan syaitan serta rendahnya tingkat keimanan dan kepercayaan diri masing-masing kerap kali menjerumuskan manusia ke arah lembah hina yang sama berulangkali. Itu tandanya kita tewas! Bagaimana dengan bangsa kita yang kerapkali dimomokkan sebagai bangsa yang mudah lupa segalanya!! ( menurut tulisan Johan Jaafar dalam kolum Di Luar Lingkaran, Berita Minggu 1 Julai 2007). Dan untuk menafikannya, cubalah kita cari bilangan yang betul-betul tidak mudah lupa dan sedar akan jatidiri mereka sebagai makhluk ciptaan Tuhan!!Apakah itu petanda bangsa kita memiliki ketahanan dalaman yang rapuh dan mudah saja dirobek-robek oleh kerakusan syaitan yang sejak azali cuba merosakkan kehidupan fitrah manusia.
Dalam perkara ini, marilah sama-sama kita mempertajamkan akal, berdoa dan berusaha agar tidak terperosok di dalam lubang gelap yang sama.
7/6/07
Kata-kata hikmah!
Jangan putus asa jika otak tumpul dan kurang cerdas, kadang kala seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa, lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi pemalas...
[HAMKA]
Khutbah jumaat 6 Julai 2007
"Di dalam setiap kesulitan itu, pasti ada kelapangan".
Tapi sayang sekali, khutbah yang ringkas dan padat dengan pengetahuan dan saranan kepada mahasiswa baru khususnya gagal menarik perhatian mereka dan juga para jemaah...ramai yang nampaknya tertidur sebelum khutbah bermula lagi..dan ramai juga yang tersengguk-sengguk walaupun khatib sedang bersemangat..di mana silap agaknya!!
6/29/07
Pelajaran
Dalam perjalanan ke Masjid untuk solat Jumaat tadi, tekan punat radio kereta, di frekuensi 96.7 MhZ ( Sinar FM)..DJ radio Abby Fana, berceloteh
Dalam satu kelas seorang pelajar bertanyakan gurunya:
Murid: Kenapa orang bertengkar suka menjerit-jerit dengan suara yang kuat walaupun jarak kedua-duanya dekat dan bersemuka..
Guru: Walaupun mereka berada berdekatan, namun hati mereka terlalu jauh. Makin kuat mereka yang bertengkar itu menjerit, semakin jauh kedudukan hati antara mereka berdua
Guru itu menambah
Guru: Berbeza dengan orang yang sedang dilamun cinta. Walaupun jarak fizikal mereka beribu batu jauh, memadai dengan nada suara yang kecil dalam telefon sudah dapat merapatkan hubungan antara mereka..
Inilah persoalan hati...sekiranya sedang marah, cubalah untuk bertenang apabila kita sedang marah..jangan dibangkit perasaan membuak-buak marah di depan individu yang sedang dimarahi..
Murid itu terdiam!!
Begitu juga murid yang sedang menulis blog ini..ada teguran disebalik cerita..
6/26/07
Piket dan 'naik gaji' !
Petang semalam, (25/6/07) tukang catat menuju ke Warta Bangi untuk membeli sedikit barangan keperluan..dalam perjalanan, sekitar kompleks tersebut terdapat sekumpulan pekerja-pekerja kilang (dilihat dari segi pakaian seragam) dan sekelompok penduduk berpakaian biasa sedang mengadakan piket secara aman..dipercayai piket secara aman ini turut diadakan di seluruh negara ( menurut laporan berita TV malam tadi)..kelihatan juga beberapa buah trak dan landrover polis yang bersedia sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini..Antara sepanduk dan kain rentang yang terpampang ialah, Kami Mahu Kenaikan COLA RM300, Semakan Gaji Minimum, Mana Hak Kami, Bunyikan Hon Kereta Anda dan sebagainya...
Penulis bukanlah ingin mengulas persoalan piket, gaji, perasaan kasihan dan sebagainya kepada golongan yang merasakan tertindas, namun ingin berpesan dan mengingatkan diri sendiri bahawa lumrah kehidupan MESTI (tidak boleh tidak) ada pasang surutnya...sedangkan roller coaster dan roda ada menaik dan menurun ( menjunam kadang-kadang), laut pun sentiasa bergelora dan tidak selalu tenang, inikan pula kitar hidup manusia yang jelas sentiasa akan diuji dan diberikan cubaan..hatta perkara gaji dan pendapatan yang maha penting sekalipun...bersabarlah!!
6/24/07
Strategi bisnes
Minggu lepas, penulis menerima emel dari nanotoday, menyatakan bahawa mereka tidak lagi mengedarkan majalah nanotoday hardcopy kepada pembaca bermula oktober ini..mereka hanya akan menyediakan versi percuma dalam talian ( online) kepada individu yang melanggan..
Selepas menerima versi harcopy percuma secara berkala setiap bulan bermula pertengahan tahun lepas, kali ini penulis tidak lagi dapat menikmati intisari bahan yang disediakan dalam nanotoday secara nyata..hanya online..ahh..sesuatu yang kurang menyeronokkan :-) .apa boleh buat, sudah menjadi kebiasaan kepada peniaga, mencari untung!!…
6/22/07
Perihal Solat Jumaat
Soalan :
1. Kenapa perlu menunggu selesai azan (kedua) untuk solat sunat?
Hormat azan? Tabiaat? Rutin? Tidak tahu?..
2. Mana yang lebih penting, mendengar khutbah atau pun solat sunat?
( sebab khutbah itu yang lebih wajib didengar, bukannya solat sunat rata-ratanya ramai akan tertidur <
Mungkin perkara ini perlu pencerahan...
p/s..Ini perkara remeh temeh, tetapi khutbah jumaat bukan benda remeh..terlalu banyak isu yang dikupas, cuma khatib perlu kreatif )..
6/17/07
Membaca biografi
Kata orang mengenang dan menghargai orang-orang besar amat bermakna..sekurang-kurangnya memberikan inspirasi dan cita-cita besar untuk diri dan mungkin dapat dipanjangkan serta dikongsi cerita-cerita sejarah orang-orang besar itu kepada orang lain walaupun tidak banyak…tukang catat ini memiliki sejumlah karya-karya yang menghimpunkan orang-orang ternama baik saintis, agamawan, tokoh-tokoh sejarah, dan pelbagai lagi yang antaranya ialah..
1. American Prometheus, The Triumph and Tregedy of J. Robert Oppenheimer
2. Just For fun, a Biography of Linus Torvalds
3. Perjalananku Sejauh Ini,Sebuah Auotobiografi Shahnon Ahmad
4. Tokoh-tokoh kesarjanaan Islam
5. Robert Noyce, The Man Behind The Chip
6. The Autobiography of Benjamin Franklin
7. Tolkein, A Biography..
8. Memoir A Samad Ismail
9. Pak Sako, Putera Gunung Tahan
10. Hidup Meniti Ranjau, Sebuah Biografi Pak Sako
11. Hamka, Pujangga Islam
12. Dari Menara Gading ke Mercu Korporat, Biografi Tan Sri Rashdan Baba
13. Notable Twentieth Century, Scientist Volume I, A-E
14. Feynman, The Pleasure of Finding things Out
15. Surely you’re Joking Mr Feynman
16. Lesson, a biography of Dr An Wang
17. Burhanuddin Al-Helmy, Suatu Kemelut Politik
Dan yang terbaru ialah sebuah
18. Prosiding Persidangan Penerbitan Biografi Malaysia 2005..
Dari senarai di atas, ada yang dibaca berulang-ulang kali tanpa jemu berikutan kisah perjalanan hidup mereka yang begitu menarik untuk di teladani,, tidak kurang juga yang hanya beberapa helai terusik dan juga ada yang hanya memenuhi rak buku tanpa diketahui isi kandungan buku sepenuhnya :-)..
Walau apapun, kesemua buku-buku di atas amat disayangi si tukang catat walaupun ada segelintir rakan yang ingin meminjam..ampun dan maaf sekiranya permintaan tidak dilayan, kerana bagi tukang catat, buku-buku ini amat bernilai dan tidak akan berpindah randah ke tangan orang lain walaupun untuk pinjaman..
Bertemu Prof Muhd Kamil
Dalam catatan minggu lepas, saya ada membicarakan sebuah buku dan penulisnya..usai sahaja membaca buku tersebut, terdetik di hati untuk bertemu mata dengan penulis yang begitu prolifik dan kaya dengan pengalaman hidup..Ah, mungkin impian tersebut hanya akan menjadi kenangan, apatah lagi beza umur dan taraf dengan beliau pun sangat jauh berbeza..segan juga kalau bertemu!…Pada hari sabtu bersamaan 16 Jun 2007, tukang catat menghadiri satu majlis kenduri kahwin seorang rakan di Bandar Baru Bangi, UKM..sedang asyik menyenduk makanan, mata terpandang wajah seseorang yang seakan-akan Prof Muhd Kamil Ibrahim..Penulis buku yang dimaksudkan..atau pun seperti kata orang, mungkin pelanduk dua serupa..sekali lagi kemudian terpandang beliau sedang mengambil makanan seraya memanggil nama salah seorang anaknya ( Amirul) seperti yang tercatat dalam buku beliau..Sah!!, inilah Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim..tanpa buang masa, terus tukang catat menyapa beliau dan berkenalan sedikit sebanyak..sempat juga bertanyakan buah tangan beliau yang terbaru yang berjudul ( kalau tak silap), Travelogue Haji: Mengubah Dimensi Masa yang akan berada di pasaran lewat hujung tahun ini.. tercapai juga niat untuk berjumpa seorang ahli akademik yang tuntas dan penulis buku-buku catatan pengalaman dan motivasi yang bernilai tinggi menurut tafsiran si tukang catat..betapa takdir Tuhan dan imaginasi manusia akan dapat tercapai bila keduanya bergabung!!
Terima kasih Prof.
6/8/07
mundar-mandir
Seperti judul blog, perasaan dan mood si tukang catat pun kadangkala turut mengalami nasib yang sama...jadi untuk tidak meluangkan masa melangut tanpa sebarang perkara baru, teringat buku kecil berjudul "PhD, Kecil Tapi Signifikan" karya Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim
Tergerak hati juga untuk melayari kehidupan beliau lewat blog ...terus terang boleh dikatakan ( kalau pun tidak banyak) tulisan beliau memberi motivasi kepada pencatat..
Prof, terima kasih kerana menaikkan semangat..
6/4/07
Bahasa Melayu, kenapa begitu??
Mungkin pemerintah perlu membaca akibat dan nasib yang dialami oleh negara yang memulaukan suara-suara golongan ilmuan..
p/s..sekadar pandangan peribadi