Hidup adalah suatu perjalanan mundar mandir di dunia ini sebelum kita dijemput pulang oleh 'Dia' ke 'sana' entah esok, lusa atau sebentar lagi.
9/29/08
Kedai Buku di Verdun
Di kawasan kediaman kami, terdapat 2 buah kedai buku yang agak terkenal menurut warga tempatan. Yang pertama ialah kedai buku terpakai 'Bilingual Bookstore' (seakan-akan Payless Bookstore di Malaysia) dan yang kedua kedai yang agak mewah menjual buku-buku berbahasa Perancis yang diberi nama La Librarie De Verdun. Di sini boleh dikatakan kesemua buku-buku yang dijual berbahasa Perancis dan hampir separuh dalam kedai adalah buku-buku Bahasa Inggeris yang diterjemahkan.
Saya lebih berminat dengan kedai buku yang pertama disebabkan harganya jauh lebih murah, berbahasa inggeris dan banyak pilihan yang menarik. Kedainya kecil dan padat di samping penjaganya (dalam lingkaran umur 60 an) yang saya kira tahu serba serbi mengenai buku-buku yang dijualnya. Sebut sahaja nama pengarang dan genre buku yang dicari, pantas sahaja beliau menunjukkan rak.
Sepanjang berada di kedai buku ini, pengunjung terutamanya warga tua tidak putus putus datang silih berganti. Hebat warga tua mereka!
Buat sementara waktu ini, sepanjang berada di rumah sambil-sambil menikmati musim luruh yang dingin, 3 buah buku dibawah menjadi teman.
9/27/08
Salam Aidilfitri 1429 H
Salam Aidilfitri dari kami kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan para 'bloggers' di Malaysia serta di mana jua pun berada. Semoga sentiasa selamat, murah rezeki dan dilindungi Allah sentiasa.
Mohd Faizal Aziz,
Nurisya Mohd Shah
&
Ain Edleen,
Montreal, Canada
9/23/08
Kita Anak Malaysia
Saya membaca sebuah blog seorang warganegara Malaysia berbangsa cina yang menulis kesedihan beliau tentang tuduhan liar yang dilemparkan kepada kaum cina terutamanya di Malaysia seperti bangsa pendatang, warga tidak berterima kasih, bangsa syaitan yang tidak boleh mendengar azan dan menyuruh pulang ke Tanah Besar Cina. Lebih berat lagi tuduhan ini bukanlah dilakukan oleh penagih dadah, mat rempit, pelacur, pengangkang dan pengemis tetapi diluahkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh. Apa reaksi kita sebagai warganegara yang waras dan boleh berfikir secara sihat. Saya tidak lihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang sihat dan boleh dibiarkan berlarutan. Kita sedia maklum bahawa
Kita sedar sebagai kaum melayu, kita masih ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan dan alam pemikiran yang matang. Jadi apa yang perlu kita buat. Belajarlah dengan mereka yang sudah di hadapan. Janganlah bodoh sombong! Jangan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, pentingkan diri sendiri! Buang jauh-jauh hasad dengki. Ini tidak, lihat sahaja melayu yang berjaya, macam-macam tuduhan dilemparkan.
Berbalik kepada persoalan asas sebagai warganegara
Salam aidilfitri
Maaf zahir & batin
~faizal~
2.45 am, 23 September 2008,
Montreal, Canada
9/22/08
Musim luruh sudah tiba
Malam tadi berbuka dengan beberapa pelajar dari Malaysia dan Singapore di rumah.
9/20/08
Ke Pasar Atwater aka Marche' Atwater
Hasilnya:
Gambar di bawah menerangkan segalanya!
Montreal
Quebec
20 Ramadhan 1429 H, 3.51 PM
9/17/08
Jauh dari tanahair
Sejarah Quebec
Namun begitu, Bahasa Inggeris boleh juga digunakan. Tak ada masalah! Cuma kita akan lebih dihormati dan mereka sangat gembira sekiranya kita dapat menggunakan beberapa perkataan asas dalam bahasa Perancis ketika berkomunikasi.
Contohnya ,
bonjour/salut = hello
sil vaus plait = please
merci = thank you
je ne comprends pas = i dont understand
parlez-vouz l'anglais? = do you speak english?
dan sebagainya.
Bendera Kanada
Serba sedikit tentang kami di Canada..Insyaallah 4 tahun!
9/15/08
Verdun
Inilah kawasan kami tinggal.
Isteri setiap pagi pergi ke kelas di Concordia yang terletak di Downtown
Selain masjid dan kedai-kedai, terdapat juga gereja yang setiap hari locengnya berbunyi. Kalau hari hujan bunyi locengnya lagi kerap. Aku sendiri pun tak faham kenapa. Mungkin bergoyang disebabkan angin kot…hehe.
Selepas 2 minggu
Paling mengesankan khabar berita dari Malaysia bahawa A. Samad Ismail atau lebih dikenali dengan Pak Samad meninggal dunia pada 4 september yang lalu. Al-Fatihah untuk allahyarham Pak Samad.
Sebelum berangkat ke pada 1 september yang lalu, saya ada membeli beberapa buah buku tulisan Pak Samad antaranya Tan Sri A Samad Ismail Menulis, Patah Sayap Terbang Jua dan Kali Panjang Sejengkal. Selain itu, saya juga memiliki 2 buah lagi buku berkenaan diri wartawan ulung tersebut berjudul Memoir A Samad Ismail di Singapura dan A Samad Ismail dalam Dunia Kewartaanan. Dalam kesibukan menguruskan dokumen-dokumen perjalanan jauh ke daerah asing di bumi Canada ini, hanya buku pertama yang sempat dihabiskan dengan. Buku kedua dan ketiga hanya beberapa muka sahaja baru diusik.
Sungguh, saya rindukan buku-buku saya tersebut yang kini diam di Kg Ampang Tinggi Kuala Pilah. Sabar wahai khazanahku yang paling bernilai. 4 tahun lagi kita akan bersua kembali..
Verdun, Quebec
p/s: Sila lawati laman fotopages untuk gambar-gambar terkini