www.majalahsains.com

6/25/06

Kematian

Setiap kehidupan yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Itu merupakan hakikat yang wajib dipercayai oleh setiap manusia. Soal cepat atau lambat hanya masa dan ketentuan Tuhan yang menetapkan. Mati menurut istilah rasmi merupakan saat di mana berpisahnya roh dengan jasad, dan menurut kepercayaan sejati muslim ia adalah waktu di mana malikil maut iaitu malaikat Izrail datang mengambil roh tersebut menemui Tuhan Yang Maha Mencipta. Sebab-sebab berlakunya kematian terlalu banyak. Mungkin akibat penyakit, peperangan, kemalangan, tua dan sebagainya. Setiap hari sekiranya kita sedar, akan ada peristiwa kematian yang kadang-kala merupakan kenalan, waris atau pun orang-orang awam. Pada tahun ini, penulis dikejutkan dengan beberapa peristiwa kematian yang melibatkan saudara, kenalan dan juga orang-orang terkenal di mata masyarakat.

Yang pertama ada lah seorang tua yang kaya dengan pengalaman hidup, berumur sekitar 80-an yang sempat memberikan beberapa kata nasihat kepada penulis dan isteri beberapa hari sebelum ajalnya tiba. Walaupun itu adalah pertemuan pertama dan terakhir dengan penulis, nasihat beliau terlalu ikhlas dan jujur seolah-olah tiada apa yang perlu disimpan lagi untuk di bawa ke alam barzakh kecuali amal soleh sebagai bekalan.

Yang kedua adalah saudara penulis sendiri berpangkat emak saudara. Walaupun tidak begitu rapat dengan beliau, terkesan dihati penulis semenjak kecil lagi budi baik dan keikhlasan beliau dalam memberikan bantuan tenaga dalam apa saja majlis yang melibatkan keluarga. Keikhlasan begini hanya didapati dari golongan pertengahan umur dan orang-orang tua yang insaf bahawa hidup ini adalah pinjaman semata.

Dan yang terakhir, adalah seorang yang penulis agung dari negara seberang yang terkenal dengan panggilan Bung Pram. Nama sebenar beliau adalah Pramoedya Anantha Toer, yang merupakan seorang sasterawan ulik, tahan dugaan, dan bersikap anti penjajah. Ulik kerana hampir sebahagian kehidupannya adalah dibalik jeriji besi akibat dikurung pemerintah yang tidak tertanggung dengan tulisannya dalam mengkritik pemerintah Indonesia pada waktu itu dizaman orde lama dan orde baru. Antara buah tangannya, yang terkenal adalah Tahanan di Pulau Buru, Rumah Kaca dan beratus-ratus lagi karya yang dibungkam sahaja oleh Suharto di zaman pemerintahannya. Penulis blog ini sendiri masih belum berkesempatan membaca karya-karya beliau, namun cerita-cerita dan kisah hidup Bung Pram sentiasa berlegar-legar dalam kepala yang menyatakan dengan sangat kuat bahawa, buku-buku beliau akan sampai juga ke tangan penulis satu hari nanti, insyallah.

Moga redha Allah ke atas mereka-mereka ini dalam menemui Tuhan Rabbul Alamin.

Chioww..

1 comment:

Anonymous said...

I really enjoyed looking at your site, I found it very helpful indeed, keep up the good work.
»